Skip to main content
Advertisement

Hiburan

‘Wedding Of The Year’ Bella & Syed Saddiq Jadi Tumpuan, Jasmine Food Kongsi Rezeki Dengan Rakyat Menerusi 10,000 Pek Beras

Jasmine BASS

Sekilas

  • Jasmine Food menyumbang 10,000 pek beras Jasmine kepada rakyat Muar sempena majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq.
  • Inisiatif ini bertujuan memastikan hidangan berkualiti dan bermakna dapat dinikmati oleh keluarga dan masyarakat sepanjang majlis berlangsung.
  • Program ini turut disertai dengan siri episod khas di YouTube Gempak dan platform lain, menawarkan pelbagai produk Jasmine Food yang sesuai untuk pelbagai selera dan keperluan.
Advertisement

Majlis perkahwinan pasangan mempelai, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq yang berlangsung sepanjang bulan Oktober ini sememangnya layak digelar ‘Wedding Of The Year’. 

 

Advertisement

Selain meraikan detik istimewa pasangan itu, majlis berkenaan turut membawa makna tersendiri apabila jenama makanan Jasmine tampil bersama-sama rakyat menerusi inisiatif yang meraikan kebersamaan, kekeluargaan dan hidangan berkualiti.

 

Menerusi kempen istimewa bersama Bella dan Syed Saddiq atau dikenali sebagai BASS, Jasmine bukan sahaja menjadi sebahagian daripada sambutan perkahwinan yang dinanti-nantikan itu, malah berkongsi kegembiraan dengan orang ramai melalui pemberian 10,000 pek beras wangi Jasmine Sunwhite 1kg dan Jasmine Santan 200ml sebagai buah tangan kenduri.

Advertisement

 

Inisiatif ini selari dengan matlamat Jasmine Food untuk memastikan setiap isi rumah Malaysia dapat menikmati hidangan yang enak dan berkualiti, sama ada untuk hidangan harian bersama keluarga mahupun ketika meraikan majlis istimewa.

 

Bagi Jasmine Food, setiap peringkat kehidupan wajar diraikan, daripada membesarkan anak-anak, mendirikan rumah tangga dan membina keluarga sendiri sehinggalah menikmati waktu bersama insan tersayang.

 

Justeru, Jasmine Food mahu terus menjadi pilihan keluarga Malaysia dalam menyediakan hidangan yang menyatukan semua, tidak kira pada hari biasa atau ketika berlangsungnya acara istimewa.

 

10,000 Pek Beras Jasmine Buat Rakyat Muar

 

Menariknya, menerusi kenduri yang dianjurkan, Jasmine menaja sebanyak 10,000 pek beras wangi Jasmine Sunwhite 1kg dan Jasmine Santan 200ml untuk diberikan kepada rakyat.

 

Sumbangan tersebut memberi peluang kepada orang ramai untuk membawa pulang bahan masakan berkualiti dan menyediakan hidangan istimewa buat keluarga masing-masing.

 

Malah, bukan sekadar buah tangan, hidangan yang disajikan sepanjang kenduri turut disediakan menggunakan produk pilihan Jasmine Food, termasuk beras basmathi Jasmine PusaCream, Jasmine Ketupat dan Jasmine Santan.

 

Langkah itu mencerminkan komitmen Jasmine untuk memastikan hidangan berkualiti bukan sahaja dinikmati di rumah, malah turut menjadi sebahagian daripada momen istimewa yang dikongsi bersama masyarakat.

 

Usaha ini juga seiring dengan semangat Syed Saddiq yang sentiasa mencari ruang untuk berkongsi rezeki dan memberikan kembali kepada masyarakat, sekali gus menjadikan sambutan perkahwinan pasangan itu lebih bermakna.

 

Jasmine Food Temani Setiap Momen Kehidupan

 

Dalam memastikan setiap hidangan memenuhi cita rasa keluarga Malaysia, Jasmine Food menawarkan pelbagai pilihan produk yang sesuai untuk keperluan berbeza.

 

Beras wangi Jasmine Sunwhite yang terkenal dengan teksturnya yang lembut, enak dan harum sesuai untuk hidangan seisi keluarga, termasuk anak-anak kecil.

Bagi penggemar nasi basmathi pula, Jasmine PusaCream menawarkan tekstur beras berkualiti yang panjang dan berderai, selain menjadi pilihan bagi mereka yang mengutamakan hidangan seimbang.

 

Sementara itu, Jasmine Ketupat sesuai untuk menyediakan ketupat dengan tekstur yang lebih padat, manakala Jasmine Santan melengkapkan pelbagai resipi dengan rasa yang cukup pekat dan memikat.

 

Kepelbagaian produk ini membolehkan pengguna menyediakan pelbagai jenis hidangan mengikut selera keluarga, daripada menu harian hinggalah juadah untuk kenduri dan perayaan.

 

Ikuti Keseronokan BASS Bersama Jasmine Food

Bukan setakat memeriahkan majlis perkahwinan, Jasmine Food turut mendekatkan diri dengan rakyat menerusi beberapa siri program khas bersama BASS.

Antaranya ialah YB Di Dapur, yang menampilkan lima episod, dengan dua episod menjelang perkahwinan serta tiga episod lagi sepanjang Ramadan dan Raya.

 

Menerusi program ini, penonton berpeluang menyaksikan sisi berbeza pasangan tersebut dalam suasana santai di dapur, sambil berkongsi momen yang dekat dengan kehidupan seharian dan budaya makanan rakyat Malaysia.

 

Jasmine juga menaja buah tangan perkahwinan dalam kotak hadiah eksklusif yang direka khas sempena majlis akad nikah pasangan itu.

 

Selain siri praperkahwinan dan pascaperkahwinan, orang ramai turut berpeluang mengikuti momen istimewa pasangan tersebut menerusi siaran langsung akad nikah dan kenduri.

 

Kesemua inisiatif ini membawa mesej bahawa hidangan berkualiti tidak semestinya terhad kepada majlis besar, sebaliknya boleh dinikmati setiap hari bersama insan tersayang.

 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti YB Di Dapur menerusi saluran YouTube Gempak dan saksikan sendiri kemeriahan BASS bersama Jasmine.

 

Untuk mendapatkan produk Jasmine Food, pengguna boleh mengunjungi pasar raya berdekatan atau membuat pembelian secara dalam talian menerusi Tik Tok, Shopee dan Lazada di @JasmineFoodOS.

 

Jasmine Pilihan Muktamad Anda! Nikmati hidangan yang enak dan berkualiti di rumah mahupun ketika meraikan setiap detik istimewa bersama keluarga.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement