Skip to main content

Hiburan

Yazmin Aziz Tak Kecil Hati Bakat Diiktiraf Di Luar Negara, Terus Bawa Nama Malaysia - “Mereka Tengok Saya Sebagai…”

Yazmin Aziz

Penyanyi dan pelakon, Yazmin akui tidak berkecil hati apabila bakatnya lebih dihargai di luar negara berbanding Malaysia. 

Menurut Yazmin atau nama sebenarnya Yazmin Aldwin Abdul Aziz di luar negara mereka lebih memandang bakat dan kebolehannya sebagai seorang penyanyi. 

“Honestly yes, kadang-kadang saya rasa begitu. Dekat luar negara, especially di Kazakhstan, Mongolia, dan negara-negara lain, saya dapat rasa penerimaan tu sangat kuat.

“Mereka tengok saya as an artist first, dari segi bakat dan kebolehan,” katanya kepada Gempak. 

Bagaimanapun, Yazmin tetap bersyukur kerana menerusi Silk Way Star, namanya kini semakin dikenali dan dihargai oleh rakyat Malaysia sendiri.

“Alhamdulillah, menerusi Silk Way Star, saya rasa makin ramai supporters dari negara Malaysia. Harap-harap makin ramai lagi akan hargai Yazmin sebagai penyanyi,” ujarnya

Mengulas kemungkinan berhijrah ke luar negara untuk mengembangkan karier, Yazmin berkata dia tetap akan membawa nama Malaysia ke mana sahaja dia melangkah.

“Kalau berhijrah suatu hari nanti, saya tetap membawa nama Malaysia. After all, my dream has always been to put Malaysia on the global map no matter where it may be. 

“Malaysia tempat lahir saya. Malaysia will forever be my home,” tambahnya. 

Dalam perkembangan lain, Yazmin juga berjaya mara ke peringkat akhir pertandingan antarabangsa Silk Way Star sekali gus menjadi satu-satunya wakil dari ASEAN dalam saingan tersebut.

Menurut Yazmin, tanggungjawab itu bukan kecil, malah menjadi motivasi buatnya memberikan persembahan terbaik.

Must-Watch Video

Advertisement