Skip to main content

Drama

Yusof Haslam Bidas Dakwaan Gerak Khas Bertahan Sebab ‘Kabel’ - “Ada Yang Cakap, Tak Habis-Habis…”

Datuk Yusof Haslam

Sekilas

  • Datuk Yusof Haslam menafikan dakwaan bahawa kejayaan drama Gerak Khas disebabkan oleh ‘kabel’ atau hubungan istimewa dengan stesen TV, sebaliknya ia kekal relevan kerana sokongan penonton.
  • Yusof mengakui pada mulanya berasa serba salah untuk meneruskan Gerak Khas 2.0 selepas lima tahun siri asal tamat, tetapi semangat dan minatnya terhadap dunia drama itu mendorongnya meneruskan.
  • Gerak Khas 2.0 akan mula bersiaran pada 3 Julai setiap Jumaat pukul 9 malam di TVS dan aplikasi TVS Inspire, menampilkan pelakon popular seperti Erra Fazira dan Datuk Hans Isaac.

Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam menafikan dakwaan bahawa kejayaan francais drama kepolisan terkenal, Gerak Khas, yang masih bertahan sehingga kini berpunca daripada faktor ‘kabel’ atau hubungan istimewa dengan stesen televisyen.

Sebaliknya, Yusof menyifatkan kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh penonton merupakan antara faktor Gerak Khas masih kekal relevan walaupun sudah lebih dua dekat bersiaran.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak TVS atas kepercayaan diberikan, tetapi bukan sebab kabel.

"Kadang-kadang ada kawan-kawan cakap, bagus ya drama bersambung lagi sebab kabel. Kabel apa? Awak ingat TVS itu bapa saya punya?

"Macam dulu juga ketika ditayangkan di RTM, ada yang cakap tak habis-habis Gerak Khas dan kaitkan dengan kabel.

"Lillahi taala, memang tak ada kabel. Ramai juga produser jumpa saya dan cakap soal kabel. 

“Ada juga yang minta saya hentikan Gerak Khas sebab kononnya banyak aduan, tetapi saya tak mahu sebut siapa," tegasnya,

Yusof berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan drama bersiri Gerak Khas 2.0 di TGV KLCC, pada Selasa.

Dalam pada itu, Yusof mengakui pada mulanya dia berasa agak serba salah sama ada mahu menerima tawaran berkenaan memandangkan sudah lima tahun siri tersebut berakhir.

“Saya mula dapat tawaran ini serba salah nak buat atau tak. Saya tanya pendapat isteri, dia kata saya masih larat tak… Tapi sebenarnya saya masih aktif.

“Gerak Khas satu semangat juang kerana saya sangat berminat dengan cerita dan dunia ini sudah sebati dengan saya,” ujarnya.


Selain Yusof, drama bersiri itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Erra Fazira, Datuk Hans Isaac, SAC (B) Datuk Shaharon Anuar, Deen Maidin, Salina Saibi dan Tisha Shamsir.

Gerak Khas 2.0 akan mula bersiaran pada 3 Julai ini, setiap Jumaat pukul 9 malam menerusi saluran TVS dan aplikasi TVS Inspire.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement