Pelakon, Yusuf Bahrin meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Zizi Kirana selamat pulang ke tanah air selepas hampir dua bulan berpisah apabila isterinya itu menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menuju ke Gaza.
Ketika ditemui Gempak, Yusuf atau nama lengkapnya, Muhammad Yusuf Bahrin,33, akui sudah mempersiapkan kejutan istimewa buat isteri tercinta.
Advertisement
“Alhamdulillah, saya dah jumpa dengan Zizi. Saya cakap dengan dia tunggu dekat rumah, ada kejutann untuk dia.
“Insyaa-Allah ada kejutan untuk dia tapi saya tidak dapat nak beritahu apa kejutannya," katanya kepada Gempak.
Terdahulu Yusuf tiba di KLIA 1 dengan menaiki konvoi empat buah bas.
Sementara itu lebih 2,000 penyokong membanjiri KLIA sejak 7.30 malam bagi menyambut wira da wirawati negara.
Laungan takbir dan Free Palestine berkumandang sejak jam 8 malam sementara menantikan sukarelawan tiba di Balai Ketibaan.
Pada Sabtu lalu, kesemua 23 sukarelawan GSF dibebaskan selepas ditahan sejak 2 Oktober lalu dalam misi menghantar bantuan ke Gaza.