Skip to main content

Selebriti

Zaki Yamani Tak Kisah Kerja Raya Pertama, Ada Show Asalkan Berbaloi - “Walaupun Kerja Saya Tetap Akan ‘Video Call’ Nenek..”

Zaki Yamani Raya

Sekilas

  • Zaki Yamani tidak menolak peluang membuat persembahan pada hari raya pertama jika tawaran itu berbaloi.
  • Keputusan menerima tawaran persembahan akan dibincangkan bersama keluarga terlebih dahulu sebelum dibuat.
  • Walaupun bekerja pada hari raya, Zaki akan tetap berhubung dengan keluarga melalui video call untuk bermaaf-maafan.

Penyanyi, Zaki Yamani mempunyai sebab tidak menolak peluang untuk membuat persembahan pada hari raya pertama.

Menurut Zaki, walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan masa untuk bersama keluarga, namun dia tetap mempertimbangkan tawaran persembahan sekiranya berbaloi.

“Kalau diikutkan memang hari raya pertama untuk bersama keluarga, tetapi saya tengok juga kalau ada tawerab persembahan yang berbaloi.

“Jika harga yang diberikan okay untuk saya lari sekejap pergi bekerja pada hari raya, pada saya tidak mengapa,” katanya kepada Gempak.

Namun Zaki menegaskan, keputusan untuk menerima tawaran tersebut bukan dibuat secara bersendirian sebaliknya dia tetap mendapatkan pandangan daripada ahli keluarga terlebih dahulu.

“Tetapi itu bukan keputusan sendiri, saya tetap akan tanya keluarga dan nenek nenek saya dahulu sama ada boleh atau tidak.

“Selalu orang kata ambil sahaja rezeki yang ada, kita jangan tolak. Jadi saya ambil dan ikut nasihat itu.

“Tapi dalam masa yang sama, walaupun bekerja pada hari raya, saya juga akan ‘video call’ nenek dan adik-adik saudara saya.

“Pada saya benda itu perlu, bermaaf-maafan di pagi raya, saya pun boleh tahan nakal juga orangnya,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Must Watch Video

Advertisement