Sekilas
- Pelakon Zara Zya berkongsi hasrat untuk menyambut Aidilfitri di Tanah Suci Makkah dan Madinah tahun ini.
- Dia mengajak sesiapa yang berminat untuk menyertai sambutan raya keempat di sana melalui ciapan di Threads.
- Rata-rata netizen menunjukkan minat yang sama dan ada yang sudi beraya bersama Zara di Tanah Suci.
Pelakon popular, Zara Zya mencuri perhatian apabila meluahkan hasrat untuk menyambut perayaan Aidilfitri di Tanah Suci.
Menerusi ciapan di Threads, pemilik Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini memaklumkan hatinya secara tiba-tiba terdetik untuk merasai pengalaman menyambut raya di sana.
“Hati terdetik nak sambut raya di Makkah & Madinah tahun ni.
“Ada sesiapa nak join Zara tak? Raya keempat kita pergi. Jom lah,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan hasrat yang sama malah ada yang sudi untuk beraya bersama dengan Zara di sana.
“Macam nak join je.
“Jom beraya di sana Zara.
“Seronoknya, insya-Allah kalau ada kesempatan,” komen netizen.
Sumber: Threads