Skip to main content

Selebriti

Zarina Anjoulie Tegur Sikap Influencer Budget Bagus, Suam Suam Kuku - “Dah Hakikat Perangai Sombong, Bila Netizen Kecam Terima Lah”

Zarina Anjoulie Tegur Sikap Influencer Budget Bagus, Suam Suam Kuku - “Dah Hakikat Perangai Sombong, Bila Netizen Kecam Terima Lah”

Sekilas

  • Pelakon Zarina Anjoulie menegur pempengaruh yang mengeluh apabila menerima kritikan netizen, terutama mereka yang bersikap sombong.
  • Zarina menegaskan personaliti dan sikap mesra penting dalam membentuk persepsi masyarakat terhadap seseorang, tanpa mengira populariti di media sosial.
  • Netizen menyokong teguran Zarina dan memuji sikap mesranya ketika bertemu di luar skrin.
Advertisement

Pelakon, Zarina Anjoulie menegur sikap segelintir pempengaruh yang mengeluh apabila menerima kritikan atau kecaman daripada netizen.

Menurut Zarina, golongan pempengaruh seharusnya menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka sekiranya sebelum ini mereka sendiri dilihat bersikap sombong atau seolah-olah merasakan diri lebih hebat daripada orang lain.

Advertisement

“Pada influencer influencer yang complain netizen complaint pasal korang. Dah hakikat perangai korang sombong, budget bagus, so bila netizen kecam terima lah.

“Jumpa kat luar pun sombong rasa terpaling, walhal suam suam kuku,” tegurnya.

Dalam pada itu, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata, personaliti seseorang ketika berdepan dengan orang ramai juga memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi masyarakat terhadap mereka.

Katanya Anju lagi, populariti yang dimiliki di media sosial bukan alasan untuk seseorang merasakan dirinya lebih tinggi atau berhak menerima layanan istimewa daripada orang lain.

“If you want people to be nice korang dulu kena nice.

“It doesnt cost money plus jangan berangan sangat as if kami di Hollywood,” tulisnya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen bersetuju dengan teguran Anju selain memuji sikap pelakon itu yang disifatkan sebagai seorang yang mesra bila bertemu di luar.


 

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement