Skip to main content

Hiburan

Zarina Zainuddin Kongsi Mesej Terakhir Bersama Allahyarham Nadia Kesuma - “Allah Lebih Menyayangimu, Pergilah Berehat Di Sana”

bffghfgh
Advertisement

Pelakon, Zarina Zainuddin tampil berkongsi perbualan terakhirnya bersama Allahyarham Nadia Kesuma.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zarina memuat naik tangkap layar perbualan tersebut selain menyifatkan Allahyarham Nadia, sebagai seorang adik yang sentiasa bersikap positif dan terbuka menerima nasihat daripadanya.

Advertisement

Menurut Zarina, Nadia merupakan individu yang tidak pernah terasa hati meskipun ditegur, malah sentiasa menghormati orang lebih berusia.

“Semoga adik kakak, Nadia Kesumawati di dalam rahmat Allah… pemergianmu dicemburui semua di dalam bulan Rejab… Masya-Allah. Semoga Allah tempatkan awak di syurga dik.

“Rindu Nadia, bila teringat mengalir air mata ini. Al-Fatihah Allahyarhamah Nadia Kesumawati, pergilah berehat di sana. Allah lebih menyayangimu,” tulisnya. 

Advertisement
rgergr

Menjengah ke paparan mesej WhatsApp yang dikongsikan itu, Zarina dilihat pernah memberikan nasihat kepada Nadia dan Allahyarham menerima teguran tersebut dengan penuh keikhlasan.

“Nasihat akak pada Nadia dulu, sampai sekarang Nadia ingat dan pegang. Lillahi ta‘ala Nadia tak terasa hati sikit pun pada kakak,” tulis Zarina.

Allahyarham Nadia kemudiannya membalas mesej tersebut dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang.

“Betul kakak. Kalau orang yang baik, takkan Nadia nak hilang seorang kakak yang sangat baik,” balasnya.

Sejak berita pemergian Nadia disahkan oleh ahli keluarga pada Ahad lalu, ramai rakan selebriti yang pernah mengenali serta bekerjasama dengan Allahyarham tampil berkongsi kenangan dan penghormatan terakhir di media sosial masing-masing.

Rata-rata menyifatkan arwah sebagai seorang yang penyayang, dermawan, ceria, suka membantu serta amat menjaga adab dan pekerti sebagai seorang Muslimah.

Sebelum ini, anak kepada Allahyarham menerusi akaun Threads @myyrraaa mengesahkan ibunya meninggal dunia akibat serangan jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Khamis lalu.

Jenazah Nadia yang ditemui di lapangan terbang berkenaan kemudiannya dibawa ke hospital pada hari sama sebelum selamat dikebumikan di Jeddah, sebagaimana impian yang pernah diluahkan arwah kepada suaminya, Prof. Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57.

Difahamkan, solat jenazah Allahyarham turut disertai lebih 500 jemaah.

Terdahulu, Nadia dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya dari Kuala Lumpur ke London, United Kingdom (UK) dengan transit di Jeddah bersama kumpulan umrah dan ziarah melibatkan 21 peserta sebelum berita pemergiannya disahkan pihak keluarga.

 

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

New Slide Sandals for Boys, Children - Adults, Buckle Slide Sandal Model - New Dlx Ceqiu Andrian

New Slide Sandals for Boys, Children - Adults, Buckle Slide Sandal Model - New Dlx Ceqiu Andrian

In stock 24 hours delivery Men's Sports Shoes Men's casual shoes Korean style Men's height increasing shoes

In stock 24 hours delivery Men's Sports Shoes Men's casual shoes Korean style Men's height increasing shoes

《Mega Deal》Korean Women Woven Tie Pants Summer Casual Shorts High Waist Short Sport Ins Tide Student Girl Pants

《Mega Deal》Korean Women Woven Tie Pants Summer Casual Shorts High Waist Short Sport Ins Tide Student Girl Pants

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool (12 Pcs)

DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool (12 Pcs)

Must Watch Video

Advertisement