Skip to main content

Kpop

Zayn Malik Didakwa Jadi Rakan Duet Jisoo Blackpink

Zayn Malik Didakwa Jadi Rakan Duet Jisoo Blackpink

Jisoo Blackpink membuat peminat tidak keruan apabila melakukan teaser dengan penampilan misteri yang akan berkolaborasi menerusi single terbaharunya.

Meski tidak mendedahkan identiti sebenar rakan kolaborasinya, sumber mendakwa imej penyanyi lelaki yang dikongsikan dalam media sosial awal minggu ini adalah Zayn Malik, lapor The Korean Herald.

Advertisement

Menerusi teaser yang dikongsikan Jisoo berdiri dengan seorang penyanyi lelaki yng membelakangkannya.

Identiti rakan duetnya ‘disembunyikan’ namun penyanyi itu dikatakan bekas anggota One Direction, Zayn.

“Jisoo akan melancarkan single balad, berduet dengan Zayn Malik. Single tersebut akan dilancarkan bulan ini,” ujar sumber tersebut.

Pada Julai, Zayn dilihat hadir ke konsert Blackpink di New York bersama anaknya, Khai.

Must-Watch Video

Advertisement