Skip to main content

Hiburan

Zizan Nin Beri Sokongan Kepada Mila Mohsin, Ini Respons Empunya Badan - “Pentasnya Jujur & Kerja Keras Tak Pernah Berbohong”

ASTROGEMPAKA MilaMohsin

Sekilas

  • Pelakon Zizan Nin memberi kata-kata semangat kepada Mila Mohsin yang akan memegang watak Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah dalam Puteri Gunung Ledang The Musical.
  • Zizan menasihatkan Mila dan ibunya, Puan Seri Tiara Jacquelina, supaya tidak menghiraukan komen negatif dan terus fokus pada persembahan.
  • Mila membalas dengan ucapan terima kasih dan yakin kerja kerasnya akan membuktikan segalanya di pentas.
Advertisement

Pelakon Zizan Nin memberi kata-kata semangat buat pelakon Mila Mohsin yang bakal memegang watak sebagai Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Zizan berharap Mila dan ibunya yang juga penerbit Puan Seri Tiara Jacquelina untuk tidak memberi perhatian kepada komen negatif. 

 

“@tiarajacquelina dan @madeofmila abaikan komen-komen yang merendahkan, jangan biarkan ia mengganggu anda. Kekal fokus, terus bersinar, dan buktikan mereka semua salah! 

Advertisement

 

“Penghibur sebenar mengenali bakat anda, pembuat bising tidak akan pernah. Sekarang pergi buktikan mereka salah!” kongsinya. 

 

Membalas perkongsian itu, Mila mengucapkan terima kasih atas sokongan aktor tersebut dan menganggap kerja keras yang dilakukan akan membuktikan segalanya. 

 

“Terima kasih banyak atas kebaikan dan semangat anda. Pentasnya jujur, dan kerja keras tidak pernah berbohong. Kebisingan akan reda apabila tiba masanya.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement