Skip to main content

Hiburan

Zizan Razak Positif Covid-19, Alami Sakit Dada, Pinggang

Zizan Razak Positif Covid-19, Alami Sakit Dada, Pinggang

Sekilas

  • Pelakon dan pelawak Zizan Razak disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian di sebuah klinik.
  • Zizan mengalami simptom seperti sakit pinggang, sakit dada, dan rasa tersumbat serta memohon doa agar cepat sembuh kerana banyak komitmen kerja.
  • Beliau akan membintangi filem TERBANG yang akan ditayangkan di pawagam pada 17 September ini.
Advertisement

Pelakon dan pelawak Zizan Razak memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian di sebuah klinik.

Zizan berkongsi perkara tersebut menerusi beberapa hantaran dalam Instagram Story miliknya.

“Dengan ini saya umumkan, selepas kita buat ujian tadi, saya Zizan Razak positif Covid-19.

“Jadi, yang mana jumpa itu, jauh-jauh sikit daripada saya. Yang mana peminat tegar nak ambil gambar, datang dekat,” katanya berseloroh.

Dalam perkongsian sama, Zizan turut memohon orang ramai mendoakan kesihatannya agar segera pulih memandangkan masih mempunyai banyak komitmen kerja.

“Doakan supaya saya cepat sihat, cepat sembuh, insya-Allah sebab banyak kerja saya nak buat,” ujarnya.

Mengulas mengenai keadaan kesihatannya, pelakon filem Terbang itu memberitahu mengalami beberapa simptom termasuk sakit pinggang dan dada selain berasa seperti tersumbat.

“Simptom-simptom itu sakit pinggang, sakit dada, macam tersumbat-sumbat. Muka jadi ‘bloated’.

“Apa pun, doakan saya sihat balik,” katanya.

Menerusi perkembangan lain, Zizan turut membintangi filem TERBANG arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh.

Filem yang turut dibintangi Irfan Zaini, Jack Tan dan Nam Ron itu bakal menemui penonton di pawagam pada 17 September ini.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must Watch Video

Advertisement