Skip to main content

Selebriti

Zizi Kirana Harap Tiada Perbalahan, Mohon Fokus Misi Kemanusiaan - “Setiap Perkara Ada Panduan & Pertimbangan Yang Telah Pun Dijelaskan Pihak Berautoriti”

Zizi Kirana Sumud 2.0

Sekilas

  • Zizi Kirana menegaskan misi Global Sumud Flotilla 2.0 mempunyai garis panduan yang telah diteliti oleh pihak berautoriti.
  • Zizi mengajak orang ramai untuk tidak terlibat dalam perbalahan yang boleh mengganggu fokus utama misi kemanusiaan dan solidariti untuk Palestin.
  • Kumpulan pertama Sumud Nusantara telah berangkat dari KLIA pada 1 April dengan identiti peserta dirahsiakan demi keselamatan dan kelancaran operasi.
Advertisement

Penyanyi, Zizi Kirana menyuarakan pendapatnya berhubung misi Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) yang menjadi perbualan hangat di media sosial ketika ini.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Zizi menegaskan bahawa setiap perkara yang melibatkan misi besar seperti itu pastinya mempunyai garis panduan yang telah diteliti oleh pihak berautoriti.

Advertisement

“Setiap perkara ada panduan dan pertimbangannya dan ia telah pun dijelaskan oleh pihak berautoriti,” tegasnya.

Dalam masa sama, Zizi juga berharap orang ramai tidak terikut-ikut dengan perbalahan yang boleh mengganggu fokus utama misi berkenaan.

Sebaliknya, Zizi mengajak semua pihak untuk kembali kepada matlamat asal iaitu misi kemanusiaan dan solidariti terhadap rakyat Palestin.

“Sekarang, kembalikan fokus kepada tujuan sebenar,misi kemanusiaan ini, solidariti untuk Palestine dan usaha membawa suara mereka ke pentas dunia.

“Kita tak perlukan perbalahan. Kita perlukan kesatuan, kekuatan, dan tindakan. Kekal SUMUD gais!” coretnya.

Terdahulu, kumpulan pertama Sumud Nusantara telah berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1 April lalu, dengan identiti peserta dirahsiakan atas faktor keselamatan dan maslahah lebih besar.

Advertisement

Kumpulan itu membabitkan persiapan awal termasuk kapten, kelasi serta juruteknik bot yang akan membantu operasi di beberapa pelabuhan Eropah.


Sumber: Threads @zizi_kirana

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Must Watch Video

Advertisement