Skip to main content

Hiburan

Zul Ariffin, Siti Khadijah Disatukan Dalam Takdirnya Cinta

Zul Ariffin, Siti Khadijah Disatukan Dalam Takdirnya Cinta

Sekilas

  • Pelakon Zul Ariffin dan Siti Khadijah digandingkan buat pertama kali sebagai pasangan utama dalam telefilem terbaharu UTV, Takdirnya Cinta, sempena ulang tahun pertama platform itu.
  • Telefilem ini mengisahkan Sofea yang mencari abang tunangnya di Istanbul selepas kehilangan tunangnya dalam kemalangan, dan bertemu dengan seorang lelaki misteri yang membuka kembali hatinya.
  • Penggambaran dilakukan selama 10 hari di Istanbul dan Kuala Lumpur, dengan kemungkinan sekuel jika mendapat sambutan positif daripada penonton.
Advertisement

Buat julung kali, pelakon Zul Ariffin dan Siti Khadijah digandingkan sebagai pasangan utama menerusi telefilem terbaharu UTV, Takdirnya Cinta sempena ulang tahun pertama platform penstriman tersebut.

Presiden UTV merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Group, Datuk Adzliana Hasan berkata, pihaknya sudah lama berhasrat mendapatkan Zul untuk membintangi karya terbitan mereka sebelum melihat naskhah tersebut sebagai peluang terbaik menyatukannya dengan Siti Khadijah.

Advertisement

“Sejak awal, kami memang mahu Zul menjadi sebahagian daripada karya UTV. Apabila melihat Takdirnya Cinta, kami rasakan ini peluang terbaik menggandingkan Zul dengan Siti Khadijah.

“Selepas melihat mereka bersama, saya dapat rasakan ‘chemistry’ yang sangat menarik. Kedua-duanya mempunyai kekuatan tersendiri tetapi apabila disatukan, mereka saling melengkapi,” katanya.

Malah, Adzliana tidak menolak kemungkinan Takdirnya Cinta diteruskan dengan sekuel sekiranya menerima sambutan positif daripada penonton.

Advertisement

Sementara itu, pengarahnya, Izuan Mokhtar berkata, naskhah tersebut mengetengahkan kisah percintaan lebih matang selain sengaja mengelakkan elemen cinta yang terlalu klise.

“Saya tidak mahu menghasilkan kisah cinta yang terlalu klise. Menariknya, perjalanan hubungan mereka dibina melalui emosi, dialog dan pandangan tanpa perlu bergantung kepada sentuhan fizikal.

“Cabarannya adalah bagaimana mahu membuatkan penonton percaya dua individu sedang jatuh cinta hanya melalui ‘chemistry’ dan emosi,” ujarnya.

Takdirnya Cinta menjalani penggambaran selama 10 hari dengan lapan hari dilakukan di Istanbul, Turkiye manakala baki dua hari di Kuala Lumpur.

Mengisahkan Sofea yang kehilangan tunangnya dalam kemalangan, wanita itu kemudian berangkat ke Istanbul bagi mencari abang tunangnya sebelum pertemuan dengan seorang lelaki misteri membuka kembali pintu hatinya.

Selain Zul dan Siti Khadijah, Takdirnya Cinta turut dibintangi Fattah Amin dan boleh ditonton menerusi platform UTV.

Anda mungkin berminat dengan

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Vans Unisex Vans OLD SKOOL MARK SB

Vans Unisex Vans OLD SKOOL MARK SB

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Must Watch Video

Advertisement