Skip to main content

Selebriti

“I Will Make You Proud, Ayah” - Mila Mohsin

ASTROGEMPAK Mila

Sekilas

  • Mila Mohsin diumumkan sebagai salah seorang pelakon utama watak Puteri Gunung Ledang dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical.
  • Netizen teruja dengan pemilihan Mila yang juga anak kepada arwah pelakon Hani Mohsin dan mewarisi legasi Puteri Gunung Ledang dari Tiara Jacquelina.
  • Mila berjanji untuk membanggakan arwah bapanya dan pemilihan ini melambangkan kesinambungan generasi baru dalam dunia Puteri Gunung Ledang.
Advertisement

Nama Mila Mohsin kini menjadi sebutan hangat di media sosial selepas aktres itu diumumkan sebagai salah seorang pelakon yang akan membawa watak Puteri Gunung Ledang dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical. 

 

Advertisement

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dengan pemilihan Mila yang bakal memegang watak sebagai Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah bersama penyanyi Aisha Retno. 

 

Malah di media sosial, wargamaya mula berkongsi semula latar belakang Mila yang merupakan anak kepada Allahyarham pelakon dan personaliti TV, Hani Mohsin. 

 

Menerusi perkongsian wargamaya memuji raut wajah dan senyuman Mila yang sama seperti arwah bapanya selain mewarisi mewarisi legasi Puteri Gunung Ledang sebagai anak kepada penerbit dan pelakon asal, Tiara Jacquelina. 

 

Membalas salah satu komen wargamaya, Mila yang juga pelakon drama Good Boys Go To Heaven (GBGTH) itu berkata dia mahu membanggakan arwah bapanya. 

 

“I will make you proud, ayah (saya akan buat ayah bangga),” tulisnya ringkas. 

 

Untuk rekod, Mila atau nama sebenarnya Hani Karmila Hani Mohsin diumumkan sebagai salah seorang penggalas watak Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah bagi musim baharu PGLM.

 

Menurut kenyataan rasmi produksi, pemilihan Mila bukan sekadar memperkenalkan generasi baharu, tetapi turut melambangkan legasi, pertalian darah dan kesinambungan dunia Puteri Gunung Ledang yang sudah hidup dalam hati penonton selama lebih dua dekad.

 

Selain Mila, penyanyi Aisha Retno turut diumumkan sebagai salah seorang pelakon utama bagi watak Gusti Putri, manakala Mimi Fly dan Nadia Aqilah pula membawakan watak Bayan.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Must Watch Video

Advertisement