Skip to main content

Selebriti

Ika Nabella Kagum Dengan Idea Hantaran Tunang Tema ‘Masa Depan’ Anak - “Apa Perasaan Bapa Kandung Tak Malu Ke?

ASTROGEMPAK Ika Nabella

Sekilas

  • Ika Nabella memuji hantaran tunang Syed Saddiq yang fokus pada masa depan anak-anak Bella Astillah.
  • Beliau menegur ibu bapa yang masih cuai dalam merancang kewangan dan menabung untuk anak-anak mereka.
  • Ika turut berkongsi realiti ramai anak tidak dapat sambung belajar kerana ibu bapa tiada simpanan atau aset khusus untuk mereka.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Ika Nabella memuji idea hantaran tunang Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang melibatkan masa depan anak-anak tunangnya, Bella Astillah. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Ika berpendapat masih ada segelintir ibu bapa yang cuai dalam merancang masa depan anak-anak terutama dari segi menabung. 

 

“Saya kagum dengan hantaran ‘masa depan’ beliau yang melibatkan masa depan anak-anak. Buat saya fikir apa perasaan bapa kandung tak malu ke. 

 

“Ini bukan sahaja tentang ibu bapa yang berpisah saja, yang tengah wangi pun ada sesetengah orang yang masih agak cuai dalam merancang masa depan anak-anak mereka dan mudah.

 

“Wang mungkin terhad, cukup makan tapi bila kita sedar bahawa kita hidup cukup habiskan bulan, itu masa yang tepat untuk kita patut mula menabung,” kongsinya. 

 

Dalam pada itu, Ika turut berpendapat ramai anak tidak dapat melanjutkan pelajaran disebabkan ibu bapa tidak mempunyai simpanan atau aset. 

 

“Kerana realitinya ramai kanak-kanak yang akhirnya tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka bukan kerana mereka tidak berkemampuan... tetapi semata-mata kerana ibu bapa mereka tidak mempunyai sebarang simpanan atau aset yang dikhaskan untuk mereka.

 

“Dah la harta tak ada… tabungan pun tak ada. Kalau ada tanah boleh juga jual tanah hahaha macam zaman kita dulu kan?” katanya lagi. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

Must Watch Video

Advertisement