Britney Spears membuka tahun 2019 dengan kejutan buat peminatnya. Bintang itu mau hiatus dari dunia hiburan.
Menerusi sebuah kenyataan yang ditulis bersama sekeping foto dirinya sewaktu kecil bersama kedua orang tuanya, Jamie dan Lynne Spears, yang diunggah di Instagramnya, Britney memberitahu dia perlu hiatus atau melupakan sementara dunia nyanyian demi memberi konsentrasi terhadap kesihatan sang ayah.
Seiring itu, dia juga membatalkan pertunjukan Britney Domination di Las Vegas. Ikut jadual, Britney akan memulai pertunjukan residensi yang diberi tajuk 'Britney: Domination' itu pada 13 Februari mendatang hingga Agustus 2019.
(Selain mengumumkan keputusannya untuk hiatus dari dunia nyanyian di Instagram, Britney Spears turut berkongsi hal sama di Twitter miliknya menerusi sekeping gambar dengan bapanya, Jamie dan ibunya, Lynne)
Pelantun lagu Sometimes itu mengaku ia sebuah keputusan yang berat, namun dia akan melakukan apa sahaja demi berada di sisi ayahnya pada saat dirinya berada dalam keadaan getir. Ayahnya diketahui mengalami masalah usus robek.
“Beberapa bulan lalu, ayahku jatuh sakit, dirawat di rumah sakit malah hampir mati.
“Kami bersyukur karena dia berjaya mengharunginya. Maka kini adalah giliran ku memberi sepenuh konsentrasi dan dedikasi untuk merawat serta berada di sampingnya,” tulis Britney.
Wanita berusia 37 tahun itu mengaku keputusan yang diambil adalah sesuatu yang berat karena tidak sabar bertemu peminat dalam persembahan.
Namun katanya, adalah amat penting untuk dia mengutamakan keluarga.
“Ini adalah sebuah keputusan yang sukar. Saya harap kalian memahami. Saya amat menghargai doa kalian,” tulisnya lagi.
Sementara itu, Britney yang memohon maaf kepada peminatnya yang telah membeli tiket persembahannya di Las Vegas turut memberitahu ia akan dipulangkan.
Pemerhati pun positif melihat keputusan Britney untuk merawat ayahnya karena pria itu yang menjadi tulang belakang kejayaannya semula selepas wanita itu berhadapan dengan masalah mental dan zaman kesuramannya sekitar tahun 2007 silam.
Sumber: W Magazine
Instagram: Britney Spears
Twitter: Britney Spears
Oleh: Maliah Surip
Gempak ID
Sat Jan 05 2019
Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi
Bintang bola sepak tempatan Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi.
Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!
Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).
#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Uniknya busana Michelle Yeoh.
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.