Skip to main content

Selebriti

Ini ‘Rumah Bergerak’ Syed Saddiq, Bella Astillah Kongsi Tempat Berehat Sepanjang Empat Hari Larian Kesyukuran - “Dia Boleh Solat On Time…”

Ini ‘Rumah Bergerak’ Syed Saddiq, Bella Astillah Kongsi Tempat Berehat Sepanjang Empat Hari Larian Kesyukuran - “Dia Boleh Solat On Time…”

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sedang menjalankan Larian Kesyukuran selama empat hari dengan sasaran kutipan dana RM200,000 untuk membantu golongan memerlukan.
  • Sepanjang larian, Syed Saddiq berehat dan mengurus keperluan harian di dalam sebuah karavan lengkap dengan kemudahan asas seperti tempat tidur, ruang solat, dapur dan tandas.
  • Sehingga hari pertama, beliau berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM54,692 dan mendapat sokongan penuh dari isterinya, Bella, yang tidak dapat menyertai larian tersebut.
Advertisement

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini sedang meneruskan Larian Kesyukuran dengan sasaran mengumpul dana sebanyak RM200,000 untuk membantu golongan yang memerlukan.

Sepanjang misi yang berlangsung selama empat hari itu, pasti ramai tertanya-tanya di manakah Syed Saddiq berehat, membersihkan diri dan menguruskan keperluan hariannya.

Advertisement

Persoalan itu terjawab menerusi satu video yang dikongsikan oleh akaun peminat pasangan tersebut iaitu, @teambassofficial.

Dalam hantaran tersebut, Bella memperlihatkan sebuah karavan yang menjadi tempat berehat Syed Saddiq sepanjang larian berkenaan.

Menurut Bella, dia gembira kerana karavan itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas termasuk tempat tidur, ruang solat, dapur dan tandas.

"Saya sangat gembira kerana mempunyai karavan ini supaya Syed Saddiq boleh solat on time kerana perjalanan pun amat jauh selama empat hari.

"Tempat di dalam pun amat besar. Lengkap dengan tempat solat, tempat tidur, dapur dan tandas," katanya.

Dalam masa sama, Bella turut meminta orang ramai mendoakan agar Syed Saddiq dapat menamatkan misinya dengan selamat.

Bella turut memaklumkan dia tidak dapat menyertai larian tersebut, namun tetap memberikan sokongan penuh dari jauh.

"Doakan semoga dia berjaya dan selamat. Saya tak dapat sertai dan hanya mampu beri sokongan dari jauh," ujarnya.

Untuk rekod, Syed Saddiq memulakan Larian Kesyukuran dari Istana Kehakiman, Putrajaya menuju ke Laman Maharani, Muar pada Khamis.

Larian selama empat hari itu menyasarkan kutipan dana sebanyak RM200,000 bagi membantu golongan yang memerlukan.

Sehingga hari pertama, Syed Saddiq berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM54,692.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement