Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Highlights

Dr. Imelda Bagi PETUA Kebahagiaan Rumahtangga – “Hang Kena Yakin Suami Sayang Hang Bukan Pasai JAMU!"

Afiza Kamarulzaman 16/08/2020 | 14:44 MYT
Tular baru-baru ini kenyataan seorang selebriti mengenai keyakinan bahawa suaminya tidak mungkin cari lain hanya kerana dia mengamalkan pengambilan jamu. Namun, ramai yang sangsi kerana selepas itu pula, selebriti terbabit memberitahu yang dia akan mengeluarkan produk jamunya tidak lama lagi.
Ramai menganggap semua itu hanyalah satu gimik untuk mempromosikan produknya semata-mata. Apa pun, sebagai pakar perubatan, Dr. Imelda Balchin menyelar tindakan sesetengah pihak (tanpa menyebut nama mana-mana individu) yang sesuka hati ‘claim’ bahawa jamu memberikan jaminan kebahagiaan rumahtangga.
Dalam akaun Facebooknya, Dr.Imelda berkongsi tips kebahagiaan rumahtangga yang menjadi amalannya dan suami, jejaka mat salleh yang dipanggil Pak Mart itu. Berikut adalah teks yang penulis salin semula dengan tidak mengubah apa-apa perkataan sebagai menghormati hak asal tulisan beliau.
Kredit Foto: Facebook Dr. Imelda Balchin
Seperti yang dituliskan beliau:
Ada beberapa netizen minta Dr Imelda pulak bagi petua rumahtangga.
Mai nak habaq!!
Ada seorang artist kata dia makan jamu supaya suami dia tak lari, dan dia nak mula menjual jamu pulak supaya boleh berdikari dengan perniagaan sendiri sekiranya suami dia lari.
Apa daaaaa??? Apa daaaaa??????
Mula-mula hang kata hang makan jamu, suami tak lari. Lepas tu hang kata hang nak jual jamu sebab kalau suami hang lari nanti hang ada duit sendiri. Bukan kaa ayat pertama hang tu yakin sangat kalau makan jamu suami tak lari? Lepas tu ayat kedua dah bercanggah dengan ayat pertama. Dah tak ada keyakinan pulak dah. Tak betoi la tuu makan jamu suami tak lari.
Kredit Foto: Facebook Dr. Imelda Balchin
Inilah nasihat saya kepada artist ini.
1) Girl...you need to work on your relationship with your man. It’s not about your body, it’s about your self confidence. Hang kena ada keyakinan diri sendiri dan kena ada keyakinan yang suami sayang kat hang.
2) Tunjukkan lah hang yakin yang suami hang sayang kat hang. Toksah laaa dok buat komen-komen macam tu. Hang kena yakin suami sayang kat hang bukan pasai hang makan jamu, tapi pasai suami hang sayang kat hang. Don’t undervalue his love for you.
3) Jangan mengguris perasaan hati suami dengan kata-kata hang tak percaya suami hang sayang kat hang. Kalau suami sayang kat kita tetapi kita tunjuk suami kita sendiri yang kita tak percaya suami sayang kita, dia akan rasa his love for you is rejected. Frust tau. How do you build a relationship like that? Suami akan rasa seolah-olah hang yang tak sayang kat dia sebab dah rasa frust.
4) How do you feel if the person you love tells you that “I don’t believe you love me”. Do you think that will strengthen the bond of a marriage or push you away? Think about it. Pikiaq naaaaa....
5) Your action of telling the world that you do not believe in the power of love between you and your dear husband with your very own quote is the very thing that shakes a marriage. It is your own doing ! Change and be better.
6) Women empowerment is about self-confidence. Kita mesti ada keyakinan diri sendiri. A woman with confidence is a very sexy woman.
7) When your husband knows that you know that he loves you, that will also give him the confidence in the marriage. You must not push him away with your own insecurities. That is how you work on the relationship.
Saya harap ini bermanfaat untuk anda.
#Rumahtangga #Jamu #Dr.Imelda Balchin
;