Oleh: Miss Cherry

Intrend hijab

KALAU dulu, seseorang yang mengenakan tudung dianggap cukup mulia, bermaruah tinggi dan jarang untuk melihat ‘kelacuran’ pada pemakaian hijab itu. Hari ini, seorang wanita yang mengenakan hijab dilihat sebagai tiada apa-apa.

Ia sama sahaja seperti wanita yang free hair. Yang lebih sedih, ada wanita bertudung, penampilan lebih mencolok mata daripada yang tidak bertudung.

Kalau dulu, apabila seorang wanita bertudung mengenakan gaun ketat atau legging, ia sesuatu yang sangat janggal. Dan, kita akan anggap yang dia sebenarnya tidak bertudung. Mungkin hanya tema penampilan sahaja mengenakan kain di atas kepala.

Tetapi, hari ini, wanita bertudung yang berpakaian sendat melekap ke tulang badan, berbaju lengan pendek atau berseluar senteng ke buku lali dianggap sebagai fesyen hijabi hipster yang sangat trendy.

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Benarkah? Itu belum Miss Cherry kupas tentang had panjang tudungnya lagi. Atas dada itu biasa. Yang atas leher pun ada. Tidak ada apa-apa yang luar biasa apabila ramai yang lupa ada kain di atas kepalanya.

Serius pula Miss Cherry bulan ini. Mestilah serius kerana ia berkaitan dengan hal agama. Bersangkutan dengan dosa pahala juga imej Islam di mata orang lain. Umpamanya kalau kita menggunakan Bahasa Malaysia yang tidak betul, main langgar, tunggang-langgang.

Budak-budak pun akan confuse apabila mahu ambil exam nanti. Yang mana bahasa formal yang mana bahasa pasar? Begitu halnya tentang pemakaian tudung. Bagaimana orang bukan Islam nak faham bagaimana sebenarnya protokol memakai tudung jika orang Islam sendiri ‘menunggang-langgangkan’ pemakaian hijab ke atas diri mereka sendiri?

Sebenarnya, benda ni basis saja kalau ikut prosedur sebenar bertudung dalam Islam. Namun, dek desakan falsafah fesyen mereka yang merapu, maka bagi mereka itu gaya bertudung yang lapuk dan sangat biasa.

A post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina) on

Alah, ramai saja yang Miss Cherry tengok bertudung sempurna. Nampak cantik dan manis. Tengok sahaja artis dari seberang yang juga juri rancangan Gema Gegar Vaganza, Oki Setiana Dewi, betapa manis dan indahnya dia dalam persalinan muslimah yang sempurna. Tidak sedikit menjatuhkan reputasi dan kredibilitinya sebagai selebriti.

Senang sekali Miss Cherry melihat gaya Mizz Nina, Eja, Noorkumalasari dan beberapa artis lain yang benar-benar berhijrah tanpa sekelumit rasa rindu kembali kepada diri asal. Apa pun, Miss Cherry faham.

Untuk mengubah sekeping hati ini bukan perkara mudah. Hati kita, Tuhan yang pegang. Memang, ada kala ia akan berada di radar yang tidak stabil. Berubah-ubah mengikut keadaan. Ia bukannya benda statik yang boleh disetkan.

Namun, ia juga bukan alasan untuk kita membenarkan sesuatu yang tidak dihalalkan. Jika penampilan sudah sempurna dalam proses renovation itu, ingin juga Miss Cherry ingatkan, intai-intai juga perilaku itu.

Baiki lidah, bersangkalah yang baik-baik. Tak ada hebat pun menjadi ‘mak cik bawang’. Cukup-cukuplah menelanjangkan aib orang. Semoleknya, litupilah diri kita dulu agar manis luar dan dalam.

“Modesty is the best jewel of a woman.” – Fatima Al Zahra