Highlights
Kenapa Menantu Lelaki Jarang Ada Masalah Dengan MENTUA Berbanding Menantu Perempuan? Ini Sebabnya.
Adatlah dalam rumah tangga apabila salah faham timbul antara menantu dan mentua terutamanta ibu mentua. Mana mungkin dua manusia yang melalui cara hidup berbeza sebelum ini tiba-tiba disatukan mampu hidup seia sekata tanpa perselisihan seumur hidup. Maka, banyaklah perkara yang tidak menentu timbul menjadikan salah faham.
Cuma yang menjadi persoalan kenapa kebanyakan isu menantu dan mentua ini kebanyakannya melibatkan menantu perempuan berbanding menantu lelaki. Jarang kita dengar menantu lelaki bertelagah dengan ibu mertuanya. Apatah lagi bermasam muka sehingga tidak boleh duduk semeja.
Kalau ada terasa hati pun antara menantu lelaki dengan ibu mentua selalunya sekejap saja dan ada kala bertelagah di situ, habis di situ. Tidak berlarutan sehingga bermusuhan. Berbeza kalau menantu perempuan sama ibu mentua. Perselisihan daripada perkara kecil boleh berpanjangan sehingga ke isu yang besar dan akhirnya bergaduh bertahun-tahun.
Kredit Foto: Google
Kenapa Menantu Lelaki Kurang Isu Dengan Mak Mentua?
- Lelaki manalah tahu hal-hal rumah. Selalunya isteri dan ibulah yang akan ‘memerintah’ setiap sudut rumah dari dapur sampai ke laman. Jadi, apabila ada dua wanita menguruskan rumah pastilah ada perbezaan cara. Jika dapat ibu mentua yang boleh tutup mata apabila tidak berkenan cara si menantu okeylah. Namun, kalau dapat mak mentua yang suka ‘sound’ menantu pasti menantu terasa hati.
- Lelaki kurang masanya ada di rumah sedangkan isteri sentiasa di rumah menyudahkan segala kerja yang tak pernah sudah. Jadi, jika berlaku apa-apa pastilah isteri yang dicari dulu dan bertanggungjawab terhadap kelemahan yang ada di rumah. Lelaki sekali pun ditegur akan hanya pekakkan telinga dan berlalu pergi.
- Lelaki kurang rasa sensitif dan bersikap malas ambil tahu sedangkan isteri segala benda mahu diketahui. Hatinya lebih halus dan mudah tersenyuh apa lagi kalau disentuh oleh si ibu mentua.
- Lelaki tidak pandai berbalas-balas cakap. Kalau pun ibu mentua membebel, mereka hanya pekakkan telinga. Ada juga yang ingat kata-kata itu bukan dituju kepadanya. Janganlah isteri, walaupun orang lain yang disindir, diri sendiri pula yang lebih terasa. Terlebih sikit, pasti dibalas setiap kata-kata ibu mentua itu. Maka tercetuslah pertengkaran.
- Lelaki kalau susah hati atau runsing, boleh ambil kunci kereta dan keluar seketika dari rumah menenangkan diri. Isteri? Kalau buat perangai macam itu confirm dapat title isteri derhaka. Apa lagi mahu ditinggalkan anak-anak.
- Lelaki selalunya dihormati. Maka, ibu mentua akan berasa agak segan kepada menantu lelaki kerana menganggap mereka seperti suaminya yang harus dihormati dan dilayan baik. Berbanding dengan sesama perempuan, menantu perempuan dianggap seperti anak sendiri yang boleh ditegur dan dikritik.
- Lelaki tiada apa sangat mahu disaing dengan ibu mentua. Kalau dengan menantu perempuan banyaklah yang hendak diukur dan diperhati. Bajunya, barang kemas, bagaimana cara masaknya, berapa banyak gajinya dan lain-lain. Maka, daripada cemburu membawa kepada sakit hati dan benci.
Kredit Foto: Google