Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
fesyen

Kenapa Perempuan Gelabah Apabila Terserempak Orang Pakai Baju Sama? Err.. Malu Ke INSECURE Ke Apa?

Afiza Kamarulzaman 05/02/2021 | 02:18 MYT
Penulis sendiri pernah beberapa kali terserempak dengan orang yang pakai baju sama di majlis tertutup atau berjalan-jalan di tempat awam. Nah, seperti kebanyakan orang, reaksi pertama kita mestilah terkejut, bukan? Dan, waktu itu tertanya-tanya dalam hati, apa perlu dibuat? Nak lari menyorok ke atau reda saja? Ke tegur dia?
Kalau fikirkan memang kelakar sangat. Antara banyak-banyak baju dalam dunia ini, kenapalah baju ini juga yang menjadi pilihan yang sama di tempat yang sama dan pada masa yang sama. Pelik tapi benar. Suratan atau kebetulan?
Kredit Foto: Google
Jom, dengarkan pengalaman mereka yang pernah berdepan situasi ini:
Mariam, 27, Petaling Jaya
“Pernah! Waktu ke majlis kahwin sepupu saya. Saya pakai baju yang dibeli online dari sebuah butik pereka tempatan. Baju itu new collection. Sedang elok makan nasi minyak, tiba-tiba lalu seorang perempuan ni pakai baju yang sama. Terus hilang selera makan. Habis makan, terus saya masuk kereta tak sempat nak bergambar. Hahaha...”
Qayra, 37, Klang
“Mestilah pernah. Ingat lagi waktu tu kami sekeluarga bercuti ke Desaru. Tengah-tengah seronok berOOTD, tiba-tiba anak tarik baju saya, dia jerit, “Mama, orang tu pakai baju sama dengan Mama!” Punya kuat suara anaks aya tu sampai orang itu pun perasan dan menoleh ke arah saya. Saya terkulat-kulat hanya mampu senyum dan terus ajak suami beredar.”
Nurul, 25, Pulau Pinang
“Ya, penah! Saya tak akan lupa sampai bila-bila. Ia terjadi ketika Hari Raya 2017, saya beraya ke rumah kawan. Tengah borak-borak tiba-tiba, saudara dia dari Perak datang sekeluarga. Hampir tersembur kuih tat dalam mulut apabila anak-beranak perempuan mereka memakai baju sedondon dengan saya. Kain yang sama! Ya, Allah memang merah padam muka. Sebelum balik, sempatlah kami bergambar, katanya kenangan bertambah ahli keluarga baru. Hahaha..”
Jannah, 31, Ampang
“Tipulah kalau tak pernah. Masa tu berjalan-jalan dengan boyfriend di Mid Valley. Punyalah cantiklah kita bersiap melaram nak keluar dating. Pakai pun top Zara yang baru dibeli. Fuh, melangkah yakinlah. Tup..tup.. boyfriend tegur, “Baby, ada kembar you kat belakang.” Sekali saya toleh, tengok ada kakak seorang ni pakai top yang sama. Kakak tu pun dah tersipu-sipu pandang saya. Apa nak buat, sengih jelah.”
Kredit Foto: Google
10 Reaksi Biasa Perempuan Apabila Terjumpa ‘Kembar Baju’
  1. Lari menyorok
  2. Senyum tersipu-sipu
  3. Buat-buat tak nampak
  4. Angkat tangan dan cakap ‘hai’
  5. Berjalan penuh yakin
  6. Reda
  7. Buat-buat sembang dengan kawan
  8. Buat-buat tengok telefon
  9. Tegur dan cakap, ‘cantik baju’
  10. Ambil gambar (jarang berlaku)
Kredit Foto: Google
#Fesyen #wanita #Baju Sama
;