Impak PKP 3.0 benar-benar terkesan khususnya buat peniaga kecil yang pernah dibantu Ustaz Ebit Lew. Dan episod kali ini, membawa penonton untuk melihat semula perjalanan mereka yang tidak berkemampuan dalam mendepani kehidupan sepanjang PKP kali ini.
Zarina Masih Belum Berniaga, Bimbang Faktor Kesihatan
Masih ingatkah anda dengan Zarina Abu Safian, wanita OKU yang pernah dibantu Ustaz Ebit Lew dalam Jejak Ebit Lew (JEL) episod kelima yang lalu? Mengisahkan realiti kehidupan yang harus dilaluinya dengan menggunakan kerusi roda ke sana sini demi menjalani rutin seharian. Kegigihannya untuk berniaga kuih-muih berhampiran rumah di Sri Rampai membuatkan Ustaz Ebit Lew bermurah hati menyumbangkan gerai sebagai kelengkapannya untuk mencari wang menampung perbelanjaan harian bersama anak-anak.
Ketika dihubungi team JEL, akui Zarina dia masih belum berniaga atas faktor PKP yang menghadkan pergerakannya. Memikirkan juga kes positif juga kematian yang berlaku akibat Covid-19 dikawasan perumahannya, menambahkan lagi kerisauan. “Di tempat saya dah ada berbelas kematian. Dengan keadaan sekarang susah saya nak bergerak, wheel chair juga bermasalah. Mkalum sajalah, macam kereta juga. Bila dah dipakai setiap hari mestilah nak baiki, hantar ke bengkel. Bengkel nak baik pulih kerusi roda pula jauh, jadi agak terjejas sikit. Bukan tak boleh berniaga, tapi saya ada masalah semput. Dan saya tahu virus ni mudah dihidapi orang yang berpenyakit lelah. Jadi saya tak berani nak ambil risiko. Kalau saya kejar kewangan sehingga memudaratkan kesihatan, jadi lebih baik saya tangguh dulu,” katanya menerusi panggilan video yang dilakukan team JEL.
Buat masa sekarang, dia hanya bekerja dari rumah dengan mengambil tempahan kuih yang dilakukan mengikut kemampuannya secara kecil-kecilan. Walaupun tidak sempurna anggota tubuhnya tetapi kekuatan semangat Zarina mengatasi kita yang serba-serbi lengkap ini. Akuinya lagi, walaupun duit yang ada tidaklah sebanyak mana tetapi dia tetap bersyukur masih ada lagi sesuatu untuk diberi makan kepada anak-anaknya.
Pesan Ustaz Ebit Lew
“Walau siapapun kita di dunia ini, jangan pernah putus asa. Daripada ujian Allah SWT, Dia menjadikan hayat dan hidup ini untuk mengetahui siapa diantara kita yang baik amalnya. Jadi semua yang datang ini, ujian daripada Allah SWT. Tanda kita berjaya adalah kita menerimanya dengan bersyukur dan terus berusaha. Jika gagal bila berputus asa dan kita menyalahkan Allah, kita menyalahkan keadaan. Janganlah kita bersikap sedemikian. Berusalah selagi terdaya. Moga Allah bantu Kak Zarina dan semua peniaga-peniaga kecil yang terkesan dengan ujian ini.
Ujian Makcik Rabiah, Tidak Lagi Ambil Upah Kopek Ikan Bilis
Jika kalian masih ingat lagi makcik Rabiah Jusoh di Kelantan yang tinggal sebatang kara, tidak seperti rumahpun tempat dihuninya. Setelah dibantu Ustaz Ebit Lew dan kisahnya dipaparkan dalam episod pertama JEL, rumahnya kini sudah siap dibina. Jauh lebih selesa dan sempurna seadanya untuknya menumpang teduh. Jika dahulunya mengambil upah mengopek ikan bilis, tetapi susulan pandemik Covid-19 kini, dan PKP kini dia tidak lagi berbuat demikian. Hanya cekal dan reda lalui rutin harian seadanya. Doa terus dipohon moga Allah lindungi dan permudahkan kehidupannya. Insya-Allah.
Keluarga Aqilah Berpindah Di Rumah Sumbangan Lembaga Zakat
Sedutan episod kedua yang memaparkan kisah sepasang suami isteri bersama empat anak dan seorang anak OKU yang tinggal di rumah yang didirikan menggunakan buluh cukup menyentuh hati. Tiada bekalan elektrik, hanya menggunakan pelita, serasanya itu bagaikan senario zaman dahulu kala. Tetapi hakikat kemiskinan dan kesempitan hidup itulah yang dilalui keluarga ini. Dalam suasana hujan dan kepekatan malam itu juga, keluarga ini berpindah ke sebuah rumah hasil pencarian dan sumbangan Ustaz Ebit Lew.
Suaminya kini bekerja membawa lori kayu getah dan walaupun hidup mereka seisi keluarga umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang; segalanya dilalui mengikut kemampuan masing-masing. Sekadar ada sahaja, itulah yang terdaya. Ujar Ustaz Ebit lagi, “Moga keluarga kakak abang ini Allah bantu, berkatkan dan bahagiakan. Walau kita dapat gembirakan saudara kita untuk seketika, tetapi besar ertinya untuk kita dan mereka di akhirat nanti.
Keluarga Nurul dan Asri
Sedutan episod kedua JEL yang berkongsi kisah realiti keluarga kecil ini hanya mandi menggunakan air sungai di belakang rumah menjentikkan rasa syukur buat kita yang masih berkemampuan. Hanya berbumbungkan kanvas, hidup serba kekurangan; Nurul dan Asri tetap bersyukur dikurniakan anak yang cemerlang dalam pelajaran.
Kini tinggal dirumah yang disewakan hasil bantuan Ustaz Ebit Lew, Nurul berkongsi kehidupannya kini. Mengerjakan tanah bendang bersama emak saudaranya, suaminya turut terkesan dengan tempoh PKP ini. “Kalau dia tak kerja, dia akan pergi cari besi, tin, mencari kayu bernilai yang orang mahu, mesin rumput dan kerja-kerja kampung lain. Makan cukup lagi buat masa sekarang. Ada yang bantu sumbangkan beras, gula, minyak dan tepung.” hurainya kepada team JEL menerusi panggilan video.
Mengenai anak bongsunya yang menghidap tiroid, kini beransur pulih. Berat badannya juga kian meningkat selepas menjalani pembedahan kerana masalah usus sempit. Walaupun berdepan dengan masalah kewangan, ada kalanya keluarga ini kesempitan dan terpaksa menjual beberapa barangan di dalam rumah untuk menampung perbelanjaan harian. Dan team JEL masih memikirkan kaedah terbaik untuk terus menyalurkan sumbangan demi meringankan beban mereka seisi keluarga. Moga ada sinar dan segalanya akan dipermudahkan kelak.
Huda Hussain
Mon Jun 14 2021
Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”
Pernah bersama-sama mengikuti jemaah tabligh sekitar 2020, pengacara Nabil Ahmad berkongsi sisi lain penyanyi Aliff Aziz yang tidak diketahui umum.
Aliff Aziz Belikan Bunga, Coklat Bila Tahu Bella Astillah Ada 'Lelaki Lain', Tapi…
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
“Kontroversi & Publisiti Pun Penting Tapi…” - Syafiq Kyle
Syafiq Kyle kini semakin matang.
Wanita ‘Bahan’ Aliff Aziz Tak Ada Lesen Memandu Buat Netizen Terhibur - “Aliff Aziz Is Shaking”
Ketiadaan lesen memandu oleh penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz nampaknya menjadi ‘bahan’ usikan warganet di media sosial. Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang wanita membuat hantaran lucu berhubung perkara itu dengan menyatakan persaingannya untuk mendapatkan lesen memandu sebelum Aliff Aziz. “Akhirnya dapat belajar memandu jadi saya boleh
Kieda Crepe Dikritik Gara-Gara Rekaan T-Shirt Jualannya Mirip Logo Kumpulan NCT Dream?
Kieda menerima kritikan selepas salah satu baju-t yang dipasarkan baru-baru ini didakwa mirip rekaan logo kumpulan K-Pop popular, NCT Dream.
“Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz
Aliff Aziz mohon maaf atas segala kontroversi yang berlaku.
Sarah Yasmine Spill The Tea, Aliff Aziz; “Hope You Enjoy This 5 Minutes Fame & Tidur Lena, Goodbye”
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tampil mengulas isu mengenai pendedahan yang dibuat oleh ‘kekasih gelapnya’, Sarah Yasmine baru-baru ini.
Aliff Aziz ‘Buka Mulut’ Isu Ditangkap Khalwat Dengan Ruhainies - “Untuk Kata Benda Ini Perangkap Ke, Saya Tidak Dalam…”
Aliff bercakap mengenai isu kena tangkap khalwat.
Check Telefon Ketika Bella Astillah Sedang Tidur, Aliff Aziz Akui Terkejut Bila Baca Chat - “Saya Klik Bahagian Archive…”
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
Dari Perkahwinan Bergolak Ke Curhat, Berputik 'Cinta Lokasi' Aliff Aziz & Ruhainies? - "Jika Saya Dapat Undur Balik Masa..."
Selebriti kontroversi Aliff Aziz mengakui terjalin cinta lokasi antara dirinya dan aktres, Ruhainies semasa penggambaran sebuah drama baru-baru ini. Memberi penjelasan tentang perkara tersebut, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, memberitahu permulaan kepada berlakunya hubungan berkenaan adalah apabila dirinya sentiasa memendam per