Highlights
Seronoknya Ada Anak KEMBAR, Geram! – Bolehke Rancang Untuk Dapat Si Kembar? Tak Salah Cuba PETUA Ini.
Kembar ialah kelahiran berganda apabila ibu melahirkan dua anak daripada kandungan yang sama. Pasangan kembar boleh berjantina sama atau berlainan. Kelahiran berganda yang lebih daripada dua disebut kembar tiga, kembar empat dan seterusnya. Kembar manusia adalah dua individu yang berkongsi uterus pada masa yang sama, dan selalunya lahir berturut-turut dalam jangka masa yang dekat.
Disebabkan saiz rahim ibu yang terhad, ibu kembar jarang mengandung sehingga tempoh penuh 40 minggu, dengan tempoh purata kembar dua cuma 37 minggu. Disebabkan kelahiran pramasa boleh memberikan kesan kepada kesihatan bayi, kelahiran kembar sentiasa diawasi dengan langkah berjaga-jaga
.
Ada dua jenis kembar: seiras dan tidak seiras. Kembar seiras atau kembar monozigot, apabila satu telur bersenyawa dengan satu sperma, tetapi membahagi menjadi dua embrio. Kedua-duanya berkongsi komponen genetik dan struktur genetik yang sama, termasuk berkongsi satu plasenta.
Kembar tak seiras atau kembar dizigot pula terjadi bila dua telur berlainan bersenyawa dengan dua sperma berlainan. Pasangan kembar ini mempunyai komposisi genetik masing-masing, bagaikan adik-beradik normal hasil daripada hubungan ibu bapa yang sama. Setiap bayi tidak seiras mempunyai plasenta berbeza. Nama lain bagi kembar tidak seiras adalah fraternal; manakala bukan-fraternal bagi kembar seiras.
Kredit Foto: Google
Adakah Cara Untuk Merancang Anak Kembar?
Menurut laman sesawang Huggies.com, ada beberapa faktor yang boleh membantu pasangan untuk meningkatkan kejayaan untuk memiliki anak kembang. Antaranya;
- Umur yang lebih tua boleh membantu. Secara semula jadi, wanita akan melepaskan lebih daripada satu telur setiap bulan apabila memasuki fasa peri-menopaus. Peningkatan estrogen dalam badan adalah penyebab ia terjadi. Wanita berumur 35 tahun ke atas lebih cenderung untuk mendapatkan bayi kembar, menurut ujikaji kesuburan. Tetapi hanya kembar tidak seiras yang akan dihasilkan dalam kes ini.
- Pensenyawaan in vitro atau ubat kesuburan adalah contoh bantuan kesuburan yang boleh diambil. Kaedah-kaedah ini boleh merangsang ovari untuk menampung lebih daripada satu folikel ovari setiap bulan sehingga tempoh matang. Keputusannya, lebih daripada satu telur akan dilepaskan.
- Pilih genetik anda dengan cermat. Bunyinya seperti mustahil, tetapi jika kembar tak seiras biasa terjadi di dalam sejarah keluarga anda, tinggi kebarangkalian dan peluang untuk anda sendiri mendapatkannya. Kembar seiras pula boleh terjadi dalam mana-mana keluarga.
- Pernah hamil sebelum ini. Peratusan kebarangkalian lebih tinggi bagi wanita yang pernah melahirkan satu atau dua orang bayi.
- Keluarga yang besar. Teori ini berdasarkan kiraan matematik; lebih banyak bayi anda lahirkan, lebih tinggi peluang untuk mensenyawakan lebih dari seorang bayi.
- Cuba untuk hamil ketika anda menggunakan pil perancang kehamilan. Bunyinya agak susah, tetapi ada peluang untuk wanita hamil dengan bayi kembar walaupun mengambil pil perancang.
- Selepas berhenti mengambil pil perancang, terus cuba untuk hamil. Mengikut teori, badan wanita akan melalui fasa penyesuaian hormon pada beberapa kitaran haid pertama.
- Peluang untuk dapat anak kembar juga tinggi bagi wanita yang pernah melahirkan anak kembar sebelum ini.
Kredit Foto: Google
- Tambahkan sedikit berat badan agar dapat indeks jisim tubuh (BMI) yang lebih tinggi. Wanita yang mempunyai BMI lebih daripada 30 mempunyai peluang lebih cerah menurut beberapa penyelidik. Tetapi kaedah ini tidak berapa digalakkan kerana wanita yang melebihi umur 30 dengan BMI boleh dikira sebagai kategori obes/berat badan berlebihan. Tahap umur yang diketahui sebagai sihat ketika waktu subur adalah 20-25.
- Wanita yang lebih tinggi mempunyai peluang yang lebih tinggi.
- Tambah pengambilan asid folik sebulan sebelum mula melakukan hubungan intim secara aktif bagi mendapatkan anak.
- Galakkan pasangan anda untuk makan tiram, kerana ia dipercayai sebagai sumber afrodisiak mengikut mitos urban. Tetapi dakwaan ini ada asasnya kerana tiram mengandungi zink yang tinggi, sesuai untuk penghasilan sperma. Satu telur atau lebih boleh disenyawakan dengan mudah oleh sperma yang sihat dan aktif. Sumber zink yang lain adalah seperti sayuran berdaun hijau, bijirin, roti, bijian dan germa gandum. Jika ingin mengambil zink tambahan dalam bentuk pil, jumlah yang perlu diambil dalam tempoh subur ialah sebanyak 14mg/sehari.
- Para ibu yang merupakan seorang kembar mempunyai peluang tinggi untuk melahirkan bayi kembar. Tetapi hanya gen daripada sebelah ibu sahaja yang memainkan peranan. Gen bapa mungkin diturunkan kepada bayi perempuan yang boleh mendapatkan bayi kembar di masa hadapan.
- Banyakkan makan keladi/keledek. Terdapat fakta mengatakan komponen kimia di dalam keladi menyokong fungsi ovari, dan wanita yang mengamalkan diet tinggi dengan keladi/keledek berpeluang untuk melahirkan bayi kembar.
- Berikan susu ibu secara berterusan kepada anak kecil atau bayi yang lebih tua. Peluang lebih tinggi bagi wanita yang menghasilkan prolaktin dan susu ibu. Tetapi ini adalah kes terpencil, kerana kitaran haid dan waktu ovulasi akan menjadi kurang normal bagi wanita yang memberikan susu ibu.
Kredit Foto: Google