Norman Hakim dan Memey dilihat sebagai antara pasangan suami isteri yang sentiasa menonjolkan keharmonian dalam hubungan mereka. Jarang sekali kedengaran sengketa atau skandal dalam rumah tangga mereka.
Apabila dijemput sebagai selebriti jemputan dalam program Borak Kelamin episod sembilan semalam, ternyata tiada yang negatif berbaur dalam perbincangan itu. Masing-masing nampaknya saling bertolak-ansur dan memahami erti tanggungjawab bersama.
“Adakah Norman jenis yang membantu membuat kerja di rumah?” tanya Elly Mazlein kepada Memey membuatkan keduanya ketawa besar.
Norman Hakim Seorang OCD, Tapi Ada Masanya Dia Bantu
Jawab Memey, “Jujurnya, memang saya yang banyak selesaikan kerja di rumah kerana saya suri rumah tangga dan Norman banyak kerja di luar. Tapi dalam kesibukan kerjanya, ada masa dia membantu juga.”
Namun, akui Memey, sikap Norman yang OCD dan mementingkan keperincian membuatkan dia lebih sanggup melakukan semuanya sendiri. “Daripada saya stres menunggu dia selesaikan tugasan, lebih baik saya buat sendiri. Norman lipat sehelai kain pun lama!” ujar Memey ketawa.
Setiap kali sibuk di luar, sesekali Norman akan bertanya khabar Memey di rumah. Tidaklah bertanyakan apa dibuatnya tetapi lebih kepada kalau teringat, terus sahaja Norman akan menghubungi Memey. Itu membuatkan Memey sejuk hati, malah Norman seorang yang pandai mengambil hati.
Nasihat Norman Kepada Suami Yang Lagak Bos di Rumah
“Nasihat apa ya? Saya pun susah nak cakap. Tapi kalau ditanya tips, apa yang boleh saya katakan hargailah antara satu sama lain. Dalam rumah tangga perlu ada give and take. Kita bukan macam zaman dulu yang suami tak mahu buat apa-apa.”
Tambahnya lagi, “Ini juga nasihat untuk saya sendiri. Kalau tiba-tiba kita para suami rasa dominan, cuba bertenang dan perbetulkan. Hargailah pasangan selagi mereka masih ada. Isteri bukan orang gaji...”
Apa Kata Pakar Motivasi?
Menurut Pakar Motivasi, Dr. Mohd Nor Mamat, cara untuk ‘educate’ suami yang menjadikan isteri seperti orang gaji ini adalah dengan ‘hormat’. Cara seseorang itu berbeza. Cubalah mendidik suami dengan menghormatinya terlebih dulu.
“Maksudnya, jika mahu meminta tolong suami, cubalah bercakap dengan cara yang baik dan lembut. Ada kalanya, kita bergaduh for nothing. Apa yang ingin disampaikan tidak tepat di mana isteri tidak berterus-terang dan fitrah suami pula lambat memahami,” ujar beliau.
Tiada yang lebih penting melainkan suami dan isteri ambil peranan masing-masing. Sebenarnya, konsep give and take yang selalu kita dengar itu juga perlu diperhalusi. Benarkah ia konsep yang baik dalam rumah tangga?
“Kadang-kadang, kalau kita memberi sesuatu yang pasangan tak perlu, adakah anda rasa suami akan hargai? Ada kala isteri rasa dah cukup banyak berkorban tapi kenapa suami tak hargai? Mungkin kerana isteri melakukannya dengan muka yang muncung yang buat suami rasa isteri tak ikhlas dan sedang memberontak.”
Jadi menurut beliau, komunikasi itu penting. Isteri perlu berterus-terang jika ada mesej yang ingin disampaikan dan suami perlu lebih peka dengan naluri isteri. Jangan ambil mudah semuanya.
Afiza Kamarulzaman
Mon Apr 26 2021
Ummi Nazeera Tolak Tawaran Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz - “Bukan Sebab Dia Ada Buat Salah Tapi…”
Ummi tak nak lagi bekerjasama dengan Aliff.
Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi
Bintang bola sepak tempatan Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi.
Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!
Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).
#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Uniknya busana Michelle Yeoh.
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.