Skip to main content

Selebriti

Isha Norsham Kongsi Nama Anak Sulung, Pilih Nama Khadeeja Amelia - "Saya Sangat Teruja Tetapi..."

Isha Norsham Kongsi Nama Anak Sulung, Pilih Nama Khadeeja Amelia - "Saya Sangat Teruja Tetapi..."

Sekilas

  • Isha Norsham, pengacara dan penyampai radio ERA, berkongsi nama anak perempuannya, Khadeeja Amelia Mohamed Khairul Azman, yang dilahirkan pada 20 Julai 2026.
  • Beliau mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan dan orang ramai yang mendoakan serta memberi sokongan sepanjang proses kelahiran anak sulungnya itu.
  • Isha turut berkongsi momen indah kelahiran bersama suami tercinta, Azman Azeez, yang menjadi kekuatan utamanya sepanjang perjalanan tersebut.
Advertisement

Pengacara dan Penyampai radio ERA, Isha Norsham tampil berkongsi nama anak perempuannya iaitu Khadeeja Amelia Mohamed Khairul Azman yang baru sahaja dilahirkan pada Isnin.

Menerusi perkongsian di Instagram, Isha menghargai segala jasa tenaga perubatan yang telah membantunya sepanjang proses kelahiran anak sulungnya itu.

Advertisement

"Alhamdulillah, tepat pada pukul 7.20PM 20/7/2026, kami akhirnya dapat bertemu dengan bayi perempuan bernilai kami iaitu Khadeeja Amelia.

"Sejak pukul 12 tengah hari hingga tamat perjalanan saya di bilik bersalin, saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada jururawat dan doktor Sharimina Kamal yang telah memberi tunjuk ajar sepanjang menempuh momen paling terbesar dalam hidup saya," tulisnya.

Dalam masa sama, Isha turut merakamkan penghargaan buat orang ramai yang sentiasa mendoakan dan menitipkan kata-kata semangat buatnya. 

Advertisement

"Alhamdulillah, terima kasih kepada atas segala doa, kata-kata dan sentiasa ingat kami di dalam solat anda sepanjang perjalanan indah ini. Ianya sangat bermakna buat saya. 

"Semoga Allah membalas jasa kalian dan dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan keluarga sentiasa dilindungi Allah," katanya.

Dalam hantaran sama, Isha turut dilihat memuat naik foto perjalanan proses kelahirannya yang setiasa ditemani oleh suami tercinta.

"Saya sangat teruja untuk bertemu dengannya tetapi dalam masa sama sangat menakutkan. Sejujurnya, walaupun saya yang akan melahirkan anak tetapi suami saya adalah kekuatan terbesar saya sepnjang perjalanan ini. Saya tak boleh buat tanpa kehadiran dia. 

"Masyaallah cinta saya pada kamu diluar kata-kata dan segala yang pernah saya bayangkan. Kami sangat menyanyi awak, puteri bernilai kami,"ujarnya.

Terdahulu, Isha Norsham selamat bergelar isteri kepada Azman Azeez dengan sekali lafaz di Hyatt place Bukit Jalil, pada 10 Oktober 2025.

Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 3 Mei 2025.

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Must Watch Video

Advertisement