Skip to main content

Selebriti

Isu Guru Baling Pemadam, Kamal Adli Anggap Perkara Biasa - "Zaman Saya Dahulu..."

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Kamal Adli berkongsi pengalaman zaman sekolahnya mengenai guru yang membaling pemadam papan putih, menyifatkan ia perkara biasa dan memerlukan kemahiran tinggi.
  • Pelakon itu berseloroh pelajar juga perlu pandai mengelak supaya tidak terkena balingan pemadam tersebut.
  • Perkongsian Kamal mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman sama selepas seorang guru didakwa kerana mencederakan pelajar dengan membaling pemadam.
Advertisement

Pelakon, Kamal Adli tampil berkongsi pandangan susulan isu seorang guru yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membaling pemadam papan putih sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang pelajar.

Menerusi perkongsian di Threads, Kamal berkata, insiden seperti itu bukanlah sesuatu yang asing ketika zaman persekolahannya.

Advertisement

Malah, seseorang guru perlu mempunyai kemahiran yang tinggi untuk melontar pemadam dengan tepat.

"Tak nak cakap mengenai zaman sekarang. Tetapi zaman saya dulu, pemadam terbang ini memang dah biasa sangat dan memerlukan skill yang mantap untuk seorang guru lempar pemadam ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Kamal turut berseloroh bahawa para pelajar juga perlu memiliki kemahiran tersendiri untuk mengelak daripada terkena balingan pemadam tersebut.

"Kami pelajar memerlukan skill untuk mengelak daripada terkena lemparan itu supaya orang belakang yang akan kena. Terima kasih cikgu," katanya lagi.

Perkongsian itu mengundang perhatian ramai apabila rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Kamal, selain turut berkongsi pengalaman masing-masing berdepan situasi sama ketika di bangku sekolah.

Terdahulu, seorang guru wanita didakwa di mahkamah atas pertuduhan mencederakan seorang murid perempuan dengan membaling pemadam papan putih sehingga menyebabkan lebam pada bahagian mata mangsa.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement