Skip to main content

Jaja Ishak Terkejut Dakwaan Produksi Disenarai Hitam - "Saya Bukan Orang Kaya Nak Dengki"

Astro Gempak jajaishak

Sekilas

  • Jaja Ishak menafikan dakwaan rumah produksinya disenarai hitam oleh stesen televisyen tempatan dan menegaskan gosip tersebut tidak benar.
  • Beliau mengakui cabaran dalam industri terutama dari segi bajet dan pembayaran lambat, namun sentiasa menjaga reputasi dan tanggungjawabnya.
  • Jaja Ishak Channel akan menayangkan program travelogue bertajuk Travelogue Konvoi Bot Pahang yang melibatkan 120 nelayan dan pemimpin kerajaan negeri Pahang.
Advertisement

Penerbit drama dan figura kreatif Jaja Ishak menafikan dakwaan kononnya rumah produksi miliknya disenarai hitam oleh stesen televisyen tempatan.

Menurut Jaja, dia sendiri terkejut apabila mendengar spekulasi tersebut kerana sepanjang lebih sedekad berada dalam industri, perkara sedemikian tidak pernah berlaku.

Advertisement

“Saya terkejut bila dengar dakwaan rumah produksi saya kena ‘black list’. Sepanjang lebih 10 tahun saya dalam industri, tak pernah ada isu macam ini.

“Gosip itu tidak baik untuk industri kita. Industri kita terlalu kecil. Kita semua saling memerlukan antara satu sama lain,” katanya kepada Gempak.

Malah, dia menegaskan dirinya bukan individu yang berniat dengki atau cuba menjatuhkan mana mana pihak seperti yang didakwa.

Advertisement

“Saya bukan orang kaya nak dengki orang. Saya kerja keras untuk cari rezeki.

“Saya mengaku memang susah jadi penerbit. Banyak cabaran, terutama bab bajet. Kalau bajet tak cukup, saya sanggup tangguh ‘shooting’ sebab saya tak mahu ada isu dengan kru,” katanya.

Menurutnya lagi, isu pembayaran lambat bukan perkara luar biasa dalam dunia produksi, namun itu tidak bermaksud pihaknya gagal melunaskan tanggungjawab.

“Kadang-kadang memang ada lambat bayar sebab kita tunggu pembayaran masuk. Tapi bukan bermaksud kita tak bayar. Saya sangat jaga reputasi saya.

“Sebelum cakap apa-apa, kena fikir kesan kepada orang lain. Industri kita ini kecil saja,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Jaja Ishak Channel bakal menayangkan sebuah program travelogue berjudul Travelogue Konvoi Bot Pahang.

Program yang menghimpunkan 120 nelayan itu akan melibatkan pemimpin kerajaan negeri Pahang.

Dokumentari berformat vertikal itu berdurasi dua minit bagi setiap episod.

Anda mungkin berminat dengan

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

Must Watch Video

Advertisement