Skip to main content

Selebriti

“Jangan Jadikan Kami Inspirasi Sebab Hubungan Saya Dengan Awal Ashaari Pun Rapuh….” - Scha Alyahya

Bakar isteri

Sekilas

  • Scha Alyahya mengakui hubungan perkahwinannya dengan Awal Ashaari ada pasang surut dan memerlukan kesabaran serta tolak ansur.
  • Selepas hampir 15 tahun, Scha lebih memilih untuk menghormati satu sama lain tanpa meletakkan harapan tinggi dalam rumah tangga.
  • Dia menegaskan keluarganya sama seperti keluarga lain dan tidak semua perkara perlu dipamerkan di media sosial.
Advertisement

Baru sahaja menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang ke-14, pelakon Scha Alyahya mengakui bahawa hubungannya bersama suami, aktor Awal Ashaari mempunyai pasang surut dan dugaannya tersendiri.

Menurut Scha, menjaga sesebuah hubungan itu bukanlah perkara yang mudah kerana ia memerlukan banyak kesabaran dan sifat tolak ansur.

Advertisement

“Kapsyen saya 'still fighting' itu maksudnya tiada benda yang indah sentiasa. Ada turun naik. Bila kita dah lama dengan pasangan kita dah kenal. Setiap manusia akan berubah setiap hari. 

“Bagi saya, tidak mudah, kena banyak bersabar dan memahami satu sama lain. Saya tak suka kalau ada masalah tapi tidak beritahu saya. Kami kenal dan faham diri masing-masing. Ada perkara yang gembira dan ada yang tidak,”katanya kepada Gempak.

Scha berkata demikian ketika sidang media filem Bomoh yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur pada Isnin. 

Katanya lagi, fasa dirinya  meletakkan harapan yang tinggi dalam hubungan rumah tangga sudah berakhir, sebaliknya lebih memilih untuk menghormati antara satu sama lain.

“Tetapi bila dah masuk hampir 15 tahun ini, jangan jangka apa-apa dan lebihkan menghormati satu sama lain. Jangan jadikan saya inspirasi sebab hubungan saya rapuh. Pada akhirnya, tiada benda yang senang. Banyak benda yang kita kena fikirkan,”ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon drama Awan Dania itu turut menegaskan bahawa keluarganya sama sahaja seperti keluarga orang lain dan bukan semua perkara perlu dipamerkan di media sosial.

“Alhamdulillah jika kami jadi idola ramai tetapi apa yang dipamerkan di media sosial itu hanyalah di luaran. Kami sama seperti keluarga lain yang ada masalah masing-masing. Cuma kami memilih untuk tidak dikongsikan ramai. Kena ada batasan,”kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Must Watch Video

Advertisement