Skip to main content

Selebriti

“Jangan Panggil Makanan Itu Sampah…Kifarah Is Real” - Fazley Yaakob

Bakar isteri

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob menegur tindakan melabel makanan kunafa sebagai sampah dan mengingatkan agar tidak menghina rezeki orang lain.
  • Fazley juga menekankan bahawa pilihan hidup termasuk memiliki tubuh badan besar adalah hak individu dan mengingatkan tentang konsep kifarah.
  • Isu ini tercetus selepas atlet Muay Thai Jojo memberi komen negatif terhadap kunafa, menyebabkan perbalahan di media sosial antara pempengaruh.
Advertisement

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil bersuara mengenai isu tular mengenai menu makanan kunafa yang dilabel sampah, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazley menitipkan pesanan agar tidak melabel mana-mana makanan dengan gelaran tersebut terutama jika ia menjadi punca rezeki seseorang.

Advertisement

“Alamak, come on. Mana ada dessert atau manisan yang betul-betul sihat kecuali kalau memang dah nekad nak buat dessert yang sihat. Itu adalah pilihan. 

“Jangan lah panggil mana-mana makanan itu sampah. Itu sangatlah tidak baik, tak kisahlah siapa pun anda. 

“Jika itu menjadi punca rezeki seseorang, kita tak berhak hina makanan yang dia jadikan sebagai punca rezeki,”tulisnya

Dalam pada itu, Fazley turut berkata menjadi seseorang yang memiliki tubuh badan besar adalah pilihan hidup masing-masing, selain menegaskan kifarah itu wujud.

“Memang rakyat kita ramai yang gemuk tetapi bukanlah sebab mereka dipaksa jadi gemuk. Itu pilihan mereka. Satu je saya nak pesan, jangan hina makanan dan rezeki orang. Kifarah is real. Saya yang seram,”ujarnya.

Sebelum ini, menerusi satu sesi audio siar, atlet Muay Thai Jojo memberikan reaksi jelek terhadap makanan tersebut sehingga melabelkan menu makanan itu sebagai sampah.

Meskipun tidak menyebut mana-mana nama peniaga, kritikan Jojo mengenai kunafa itu telah menimbulkan rasa kurang senang pempengaruh, Ojen sehingga dia terpanggil untuk memberikan respon.

Isu ini menjadi semakin hangat apabila masing-masing diloihat berbalas kenyataan di media sosial.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

PRODIY SF-400 Digital LCD Scale High Precision Electronic Kitchen Weighing Scale Food 10kg X 1g Penimbang Kek 厨房秤 面粉秤

PRODIY SF-400 Digital LCD Scale High Precision Electronic Kitchen Weighing Scale Food 10kg X 1g Penimbang Kek 厨房秤 面粉秤

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Decathlon Camping/Outdoor Folding Chair (Compact Design, Max Load: 110kg) - Quechua

Decathlon Camping/Outdoor Folding Chair (Compact Design, Max Load: 110kg) - Quechua

DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool (12 Pcs)

DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool (12 Pcs)

BROWNIES KEDUT SEDAP MUNYMUNCH

BROWNIES KEDUT SEDAP MUNYMUNCH

Magic Silicone Broom/Dual-Use180°Degree Rotatable Silicone Floor Scraper Home Bathroom Magic Wiper Floor Sweep

Magic Silicone Broom/Dual-Use180°Degree Rotatable Silicone Floor Scraper Home Bathroom Magic Wiper Floor Sweep

Must Watch Video

Advertisement