Skip to main content

Viral

Jemput Anak Tahfiz, Khairul Aming Buat Majlis Doa Selamat Sebelum Pembukaan Rembayung - “Bergema Azan & Bacaan Ayat Suci Al-Quran”

Khairul Aming

Sekilas

  • Khairul Aming mengadakan majlis doa selamat bersama anak-anak tahfiz Darul Hidayah untuk pembukaan restoran pertamanya, Rembayung.
  • Suasana majlis dipenuhi dengan laungan azan dan bacaan ayat suci Al-Quran sebagai tanda keberkatan.
  • Rembayung dijangka mula beroperasi pada Selasa depan dan mendapat sokongan serta doa daripada wargamaya.

Bakal dibuka pada Selasa depan, usahawan dan pencipta kandungan, Khairul Aming menjemput anak-anak tahfiz Darul Hidayah sempena majlis doa selamat untuk restaurannya iaitu Rembayung. 

 

Menerusi perkongsian video di TikTok, restauran pertama Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA itu dipenuhi dengan laungan azan daripada anak-anak tahfiz dan alunan ayat suci Al-Quran. 

 

“Majlis doa selamat pembukaan Rembayung. Alhamdulillah terima kasih jemput kami. Semoga maju jaya buat restoran Rembayung dan Khairul Aming serta kru,” kongsinya. 

 

Rata-rata netizen turut mendoakan agar pembukaan restoran Khairul Aming berjalan dengan lancar selain dijauhkan dengan anasir jahat. 

 

“Allahuakbar… bergema dengan azan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga KA dan perniagaannya sentiasa diperlihara Allah SWT. 

 

“Apabila Al-Quran dan doa mendahului, kebaikan akan mengiringi. Moga setiap langkah dipayungi rahmat dan reda Allah. Semoga Rembayung terus maju dan memberi manfaat. 

 

“Pendinding setiap ruang setiap penjuru. Bagus. Semoga Allah melindungi dan memberkati perniaagan KA,” komen wargamaya. 

 

Difahamkan, Rembayung akan mula beroperasi secara rasmi pada Selasa hadapan dan rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa teruja serta tidak sabar untuk mencuba masakan Khairul Aming. 

 

Sumber - TikTok

Must-Watch Video

Advertisement