Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lovenya! Lesen High Council, Pas Eksklusif Nak Jadi Ahli High Council Universe

Mya Amri
18/06/2024 16:36 MYT
Peminat High Council pasti sinonim dengan terma popular yang menjadi simbolik kepada drama premium itu iaitu ‘lesen’ keahlian High Council.


Lesen High Council


Sejajar itu, Astro Shaw memperkenalkan ‘Lesen High Council’ iaitu pas eksklusif untuk menjadi ahli ‘High Council Universe’.

Menerusi pas ini, peminat berpeluang untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti akan datang.

Untuk fasa pertama, peminat perlu layari portal hiburan popular Malaysia, Gempak dan jawab 100 soalan.

100 pemenang terawal akan memperoleh pas, lalu berpeluang untuk menyertai aktiviti yang dihadiri barisan pelakon.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


Filem Kahar Kapla High Council dijangka menemui penonton pada hujung tahun ini dan diarahkan oleh pengarah drama premium Anchor SPM iaitu Razaisyam Rashid.

Manakala skrip ditulis oleh pasukan Astro Shaw yang diketuai oleh pengarah High Council, Anwari Ashraf bersama salah seorang penulis High Council, Luqman Alhakim Sheikh Ghazali.

BERITA TRENDING: Ada Yang Kurang Senang Sharnaaz Ambil Foto Berdua Dengan Amelia Henderson, Aedy Ashraf Komen - “Janganlah Marah, Dia Abang Saya”

BERITA TRENDING: Ramai Dah Tak Sabar! Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Khenobu & Thompson Goh Dipilih Pegang Watak Dalam Filem Kahar Kapla High Council

BERITA TRENDING: Ramai Mahu Jadi Kahar Tapi Amir Ahnaf Bagi Amaran!


BERITA TRENDING: “Tiada Istilah Pergaduhan Atau Apa-Apa” - Tidak Lagi Bersama Amelia Henderson, Aedy Ashraf Serah Pada Takdir


ARTIKEL BERKAITAN: Kahar Kapla High Council: Sky Iskandar Jadi Megat, Teman Wanita Antara Pemberi Semangat - “Dia Paling Teruja”


Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council dan masih mengekalkan pelakon utamanya iaitu Amir Ahnaf sebagai Kahar.

Selain Amir, pelakon lain yang turut membintangi Kahar Kapla High Council adalah Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu.

Kahar, Kapla High Council akan dijadualkan tayangannya pada November depan.
#Lesen #High Council #Kahar #High Council Universe #Kahar Kapla High Council #Lesen High Council #Pas Eksklusif