Hiburan
Kahar Kapla High Council: Sky Iskandar Jadi Megat, Teman Wanita Antara Pemberi Semangat - “Dia Paling Teruja”
Pelakon, Sky Iskandar, 29, akui teman wanitanya, model dan aktres, Nia Atasha antara yang teruja sebaik sahaja mendapat tahu dipilih membintangi filem Kahar Kapla High Council.
Penguat semangat
Menurut Sky, Nia sering memberikan kata-kata positif dan merupakan penguat semangat buat dirinya.
“Dia adalah antara yang teruja bila dapat tahu saya terpilih untuk berlakon dalam filem ini. Tetapi dalam masa yang sama dia juga berasa gementar.
Advertisement
“Dia okay sahaja dan masa saya sertai sesi uji bakat dia juga tahu. Bagi saya dia adalah pembakar semangat saya,” katanya ketika ditemui Gempak.