Skip to main content

Selebriti

“Kalau Nak Gaduh Sangat, Baik Jumpa Atas Gelanggang” – Adam Lee

Astrogempak

Sekilas

  • Adam Lee berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila berdepan dengan peniaga yang didakwa bersikap kurang ajar terhadapnya.
  • Adam meluahkan rasa penat berdepan dengan sikap diskriminasi sejak zaman persekolahan lagi menerusi perkongsian di Threads.
  • Rata-rata netizen menasihati Adam supaya bersabar dan tidak melayan sikap negatif individu tersebut.

Pelakon, Adam Lee berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila berdepan dengan seorang peniaga yang didakwa bersikap kurang ajar terhadap dirinya.

Menerusi perkongsian di Threads, Adam mengakui dia sudah penat berdepan dengan sikap diskriminasi yang dialaminya sejak zaman persekolahan lagi.

“Penatnya kena berdepan dengan manusia yang racist. Sejak zaman sekolah lagi,” tulisnya.

Mengulas lanjut, suami kepada aktres Sweet Qismina itu berkata dia hadir ke kedai berkenaan sebagai pelanggan dengan niat yang baik, namun layanan yang diterimanya mengecewakan.

“Aku datang kedai kau sebagai pelanggan dan beli barang kau secara baik.

“Tapi kau layan dengan perangai biadab macam nak ajak gaduh. Kalau nak gaduh sangat, baik jumpa aku atas ring,” ujarnya.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai dengan rata-rata meminta Adam banyakkan bersabar dan tidak melayan sikap negatif individu tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement