Skip to main content

Selebriti

Kamal Adli Imbau Zaman Jadi Budak Hip Hop Di Kuantan - “Modal RM5 Dengan Kawan-Kawan Naik…”

ASTROGEMPAK Kamal

Sekilas

  • Kamal Adli mengenang zaman remajanya yang terlibat dengan budaya hip hop di Kuantan, di mana kumpulan Too Phat menjadi idola utama.
  • Walaupun wang saku terhad, Kamal dan rakan-rakannya tetap mengekalkan gaya hidup hip hop dengan fesyen dan aktiviti seperti break dance.
  • Perkongsian Kamal di Threads mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka membesar dalam era hip hop tersebut.
Advertisement

Pelakon Kamal Adli mengimbau zaman remajanya yang cukup sinonim dengan budaya hip hop ketika membesar di Kuantan.

 

Advertisement

Menurut Kamal, kumpulan Too Phat merupakan idola utama anak muda yang meminati hip hop ketika itu malah dia juga tidak terkecuali daripada mengikuti trend fesyen serta gaya hidup yang menjadi kegilaan ramai.

 

“Ok jom buka balik cerita zaman hip hop dulu. Dulu Too Phat tu kira God la untuk budak-budak hip hop kat Kuantan. Saya beli seluar fubu 05. Itu saja satu seluar londeh paling hip hop. 

Advertisement

 

“Kena lepak Megamall Kuantan hari Sabtu. Modal RM5 dengan kawan-kawan naik teksi make sure park depan Mega sebab nak sombong. Balik jalan kaki… yang penting hip hop,” kata Kamal. 

 

Pada perkongsian yang sama di Threads, Kamal memberitahu walaupun wang saku terhad, dia dan rakan-rakan tetap berusaha mengekalkan gaya hidup yang dianggap ‘cool’ pada ketika itu.

 

“Makan nasi lemak kat Deli France kadang-kadang tak minum air sebab hip hop🤣 Break dance adalah seni kami walau jahanam.

 

“Awek? Tak ada siapa suka kami sebab kami hip hop level rendah,” kongsinya lagi. 

 

Perkongsian Kamal itu meraih perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing membesar pada era kegemilangan budaya hip hop. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

adidas Lifestyle Run 84 Shoes Men Beige JI4869

adidas Lifestyle Run 84 Shoes Men Beige JI4869

Puma Unisex Quarter Sock accessories 1 Pair (935701-03) Sport Planet 36-18

Puma Unisex Quarter Sock accessories 1 Pair (935701-03) Sport Planet 36-18

388 Kasut Sawah/Kebun Lelaki/Anti-Slip/High Quality/Men's Waterproof Rain boots

388 Kasut Sawah/Kebun Lelaki/Anti-Slip/High Quality/Men's Waterproof Rain boots

Plus Size 40-100kg Wide leg plaid long pants women casual pants new Korean style Seluar Panjang Perempuan

Plus Size 40-100kg Wide leg plaid long pants women casual pants new Korean style Seluar Panjang Perempuan

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Must Watch Video

Advertisement