Skip to main content

Kekasih Ben Amir Luah Rasa Syukur Peluk Islam, Pilih Nama Liana Alara - “Sebuah Nama Yang Membawa Makna…”

Kekasih Ben Amir Luah Rasa Syukur Peluk Islam, Pilih Nama Liana Alara

Ringkasan AI

  • Maiya, wanita yang dipercayai kekasih pelakon Ben Amir, memperkenalkan nama panggilan barunya, Liana Alara.
  • Nama Liana Alara dipilih kerana membawa maksud tenang dan cahaya dalam fasa baru kehidupannya.
  • Maiya berkongsi rasa syukur atas permulaan baru dalam hidupnya melalui perkongsian di Threads.
  • Dia juga mengucapkan terima kasih atas kasih sayang dan sokongan yang diterima pada hari istimewanya.
  • Maiya dan Ben hadir ke pejabat MAIWP untuk lafaz dua kalimah syahadah, dan Ben mengumumkan berita gembira itu di Instagram.

Wanita yang dipercayai kekasih pelakon, Ben Amir iaitu Maiya telah memperkenalkan nama panggilannya yang baharu.

Menerusi perkongsian di Threads, Maiya memaklumkan dia memilih nama Liana Alara yang membawa maksud tenang dan cahaya dalam fasa baharu kehidupannya.

“Nama Islam saya ialah Liana Alara, sebuah nama yang membawa makna baharu, ketenangan, dan cahaya dalam lembaran baru kehidupan saya,” coretnya.

Dalam hantaran yang sama, Maiya juga bersyukur dengan permulaan yang baharu dalam hidupnya.

“Alhamdulillah atas permulaan baharu ini. Saya bersyukur atas segala kasih sayang dan kehadiran semua pada hari istimewa saya,” tulisnya.

Terdahulu, Maiya ditemani Ben untuk hadir ke pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur untuk lafaz dua kalimah syahadah. 

Malah, Ben juga memaklumkan berita gembira itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya pada Isnin.

Must-Watch Video

Advertisement