Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

CEO Etika Teruja Jalin Kerjasama Dengan Astro Shaw, Tak Sabar Tunggu Filem Keluang Man

Mya Amri
27/08/2024 15:24 MYT
Tayangan filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man sememangnya amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Perasaan teruja itu juga turut dirasai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Etika Holdings, Mr. Santharuban Thurai Sundaram.

Tak sabar tunggu filem Keluang Man


Menurut En Santharuban, dia juga tidak sabar menantikan Keluang Man kerana membesar bersama dengan animasi ikonik itu.

“Saya tahu apa itu Keluang Man dan saya membesar bersama dengan animasi itu. Bapa saya juga merupakan seorang pegawai polis.


“Jadi saya dah biasa dan mengenali animasi Keluang Man,” katanya.

Jalinan kolaborasi bersama Astro Shaw


Dalam pada itu, mengulas mengenai kerjasama pasukan Etika bersama Astro Shaw, bagi pelancaran ‘Wonda Kopi Edisi Kluang, En Santharuban berkata terdapat dua perspektif tentang perkara itu.

“Yang pertama saya percaya bahawa Keluang Man ini akan menjadi sebuah filem yang sangat bagus.

“Keduanya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga jenama Keluang Man yang dilahirkan negara ini, kami merasakan bertanggungjawab untuk memperkenal dan mempromosikan jenama ini di pasaran,” ujarnya.


Dalam pada itu, En Santharuban juga menyatakan rasa puas hati melihat hasil video komersial eksklusif ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ yang ditayangkan ketika sesi mengumumkan kolabarasi bersama Wonda Coffee.

“Setelah melihat teaser yang dihasilkan, pasukan kami merasakan seolah olah standart bertaraf antarabangsa. Itu merupakan hasil yang sangat bagus,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Keluang Man akan membuat penampilan umum buat pertama kali bersama sut baharu pada sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Astro Shaw Umum Keluang Man Tamat Penggambaran, Banyak Benda Menarik Menanti Penonton

ARTIKEL BERKAITAN:“Dah 10 Bulan Diet, Hanya Ambil Karbohidrat & Protein” - Nas Sanggup Korban Makanan Sedap Demi Keluang Man

ARTIKEL BERKAITAN:Gabungan 2 Jenama Ikonik, Keluang Man & Wonda Coffee Bersatu Dalam Kolaborasi Penuh Mengujakan!

ARTIKEL BERKAITAN:Nas Muammar Zar Gigih Training Demi Keluang Man, Tak Peduli Cedera & Luka-Luka! - "Ada Hari Berdebar Nak Pergi ..."

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Back Up Nas Jadi Keluang Man - “Dia Bukan Pelakon Cikai Ya, Yang Tak Kenal Ni Mesti Budak BBNU”


Untuk info, ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ menampilkan watak Keluang Man di tin minuman, dan juga menawarkan rasa kopi susu dengan Tongkat Ali yang pastinya memikat selera penggemar minuman kopi tempatan.

‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ merupakan penghormatan kepada budaya kopi Kluang yang terkenal, menawarkan rasa yang mencerminkan tradisi kopi bersejarah di daerah tersebut.

Dikenali dengan keharumannya yang mendalam dan aromatik, kopi gaya Kluang telah menjadi tunjang kehidupan setempat dan perhimpunan komuniti selama beberapa generasi.

Disuntik dengan khasiat bertenaga Tongkat Ali, kopi ini melambangkan kekuatan superhero Malaysia, mendorong peminat kopi mempunyai semangat wira dalam diri mereka!

Turut ditampilkan video komersial eksklusif ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ berdurasi 30 saat yang diarahkan oleh pengarah berbakat besar, Ezrie Gazali. Video tersebut boleh ditonton di platform media sosial Gempak serta tv komersial.

Dalam pada perkembangan lain, turut diperkenalkan kategori terbaru iaitu ‘Wonda Coffee Keluang Man Of The Month’ dalam program mingguan Gempak Most Wanted.

Kategori ini merupakan inisiatif bagi mengiktiraf individu viral di media sosial atas usaha murni yang telah mereka lakukan. Usaha ini sekali gus dapat membantu dalam mempermudahkan urusan mereka yang memerlukan bantuan serta memberi impak positif dalam komuniti.

Filem arahan pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, yang juga pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf ini membariskan pelakon seperti Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.

Sementara menantikan filem Keluang Man ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.

Keluang Man menjalin kerjasama strategik pemasaran bersama WONDA Coffee.

Nantikan filem adiwira ikonik Malaysia Keluang Man yang akan menemui penonton di pawagam tahun 2025.

Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Keluang Man di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.

Gunakan #KeluangMan bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
#Filem #Astro Shaw #Keluang Man #CEO #Etika
;