Skip to main content

Kenali Adipati Dolken, Hero Indonesia Dalam Mojoku Hilang

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Astro Shaw memperkenalkan filem romantik komedi terbaru, Mojoku Hilang, yang mengisahkan kehilangan seekor lembu bernama Mojo.
  • Filem ini menampilkan pelakon terkenal Indonesia, Adipati Dolken, yang memegang watak utama sebagai Adi yang menyamar untuk mendapatkan kembali Mojo.
  • Mojoku Hilang akan ditayangkan di pawagam mulai 23 Julai dan turut dibintangi oleh pelakon tempatan seperti Mimi Lana dan Wan Hanafi Su.
Advertisement

Astro Shaw tampil dengan filem romantik komedi terbaharu, Mojoku Hilang yang mengisahkan kehilangan seekor lembu bernama Mojo.

Selain jalan ceritanya yang lain daripada biasa, filem ini turut mencuri perhatian kerana menampilkan pelakon terkenal Indonesia, Adipati Dolken sebagai watak utama.

Advertisement

Bagi yang belum mengenali, Adipati pernah membintangi beberapa filem popular seperti Posesif menerusi watak Yudhis dan Sang Kiai sebagai Harun. Filem Sang Kiai turut pernah dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Festival Film Indonesia (FFI).

Pelakon berusia 34 tahun itu juga pernah menerima beberapa pengiktirafan sepanjang kariernya, termasuk memenangi kategori Actor of the Year di Indonesian Choice Awards 2018 serta Nickelodeon Indonesia Kids' Choice Awards 2014.

Mojoku Hilang mengisahkan Adi lakonan Adipati yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak 'menculiknya' bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Advertisement

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikatnya sendiri.

Filem terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw dan Mocha Chai Laboratories & Argo Films itu turut dibintangi Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman serta ramai lagi dan bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 Julai.

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video

Advertisement