Skip to main content

Viral

“Kita Masih Tengah Monitor Harga Market Semasa…” - Khairul Aming Jawab Pertanyaan Netizen Mengenai Harga Menu Di Rembayung

ASTROGEMPAK Khairul Aming

Sekilas

  • Kenaikan harga minyak menimbulkan kebimbangan pengguna tentang kemungkinan kenaikan harga makanan dan minuman.
  • Seorang pengguna bertanya kepada Khairul Aming mengenai perubahan harga menu di restoran Rembayung miliknya.
  • Khairul Aming menjelaskan mereka masih memantau harga pasaran dan belum membuat sebarang perubahan harga buat masa ini.

Kenaikan harga minyak turut menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna mengenai kemungkinan perubahan harga barangan keperluan terutama makanan dan minuman. 

 

Bimbang dengan situasi itu, seorang individu menerusi Threads bertanyakan kepada usahawan dan pencipta kandungan, Khairul Aming mengenai harga menu di restoran miliknya, Rembayung.

 

“Salam @khairulaming, harga makanan dan minuman dalam @rembayungmy masih tetap atau ada perubahan pada masa akan datang?” tulis individu tersebut.

 

Menjawab pertanyaan itu, Khairul Aming memaklumkan pihaknya masih memantau keadaan harga pasaran sebelum membuat sebarang keputusan.

 

“Wassalam, so far kita masih tengah monitor harga market semasa. Kalau masih okay kita maintain, kalau naik tinggi mendadak then kita buat perubahan kalau perlu.

 

“Anything KA akan announce nanti, but for now belum ada apa-apa perubahan. Masih lagi okay,” katanya.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must-Watch Video

Advertisement