Skip to main content

Malas Nak Pening Kepala? Strim Serta-Merta Dengan Astro X3

Malas Nak Pening Kepala? Strim Serta-Merta Dengan Astro X3

Sekilas

  • Astro X3 menawarkan pelbagai kandungan hiburan seperti drama tempatan, filem antarabangsa, rancangan kanak-kanak, dan siaran sukan secara langsung dalam satu platform tanpa perlu pemasangan peranti Astro.
  • Pengguna boleh menstrim serta-merta dengan pendaftaran mudah, menggunakan fungsi On Demand serta kawalan seperti pause, rewind dan fast forward untuk pengalaman menonton yang fleksibel.
  • Astro X3 menyokong tontonan serentak pada dua skrin dan membolehkan penambahan aplikasi penstriman popular seperti Disney+, iQIYI, Prime Video dan beIN Sports dalam satu bil yang mudah diuruskan.
Advertisement

Pernah tak satu hari rasa nak layan drama penuh emosi, esoknya tiba-tiba teringin tengok filem aksi, dan hujung minggu pula sibuk menyaksikan sukan bersama keluarga?

Itulah realiti hari ini. Selera hiburan sentiasa berubah mengikut mood. Kadang-kadang mahu ketawa, kadang-kadang mahu menangis, dan ada masanya cuma mahu berehat sambil menikmati rancangan kegemaran.

Advertisement

Dengan Astro X3, tak perlu lagi bersusah payah mencari hiburan yang sesuai dengan mood anda. Daripada drama dan filem hinggalah sukan serta rancangan keluarga, semuanya tersedia dalam satu platform. Lagi best, anda boleh menstrim serta-merta tanpa memerlukan peranti Astro atau pemasangan.

# Bila Nak Drama, Terus Strim!

Bagi peminat drama, Astro X3 menawarkan pelbagai pilihan yang boleh membuatkan anda terus melekat di hadapan skrin.

Terokai pelbagai drama tempatan popular seperti Dendam Seorang Mentua, Ikatan Terlarang, Good Boys Go To Heaven, Lie To Love dan Thural, semuanya tersedia untuk dinikmati mengikut keselesaan anda.

# Filem Antarabangsa Pun Tak Ketinggalan

Bagi mereka yang gemarkan filem blockbuster dan siri antarabangsa, Astro X3 turut membawakan pelbagai tajuk popular seperti Fast X, Oppenheimer, Mr. Robot, Love Phobia, My Daughter Is A Zombie dan Puss in Boots: The Last Wish.

# Anak-Anak Nak Tengok Kartun? Ini Jawapannya

Dalam sesebuah keluarga, citarasa hiburan bukan hanya milik ibu bapa. Si kecil juga mempunyai rancangan kegemaran mereka sendiri. 

Astro X3 menawarkan pelbagai kandungan mesra keluarga seperti Didi & Friends Dream Jobs, Oga & Friends, Paw Patrol dan Cocomelon yang sesuai untuk dinikmati oleh kanak-kanak.

# Kaki Sukan? Aksi Mendebarkan Menanti

Malam minggu tak lengkap tanpa aksi sukan? Peminat sukan juga boleh mengikuti pelbagai kejohanan menarik termasuk BWF, MotoGP dan tenis secara langsung melalui Astro X3.

# Nak Hiburan Santai? Say Less! 

Ada hari yang kita cuma mahu berehat tanpa perlu berfikir terlalu banyak. Untuk situasi seperti itu, rancangan realiti seperti Talk To My Manager 2, Dapur Bapak-Bapak, Keep Running, The Singer Malaysia 2026 dan Axian’s Street Journey boleh menjadi pilihan terbaik untuk mengisi masa lapang.

Menikmati rancangan kegemaran kini menjadi lebih mudah! 

Selain menawarkan pelbagai kandungan hiburan tanpa memerlukan pemasangan peranti Astro, Astro X3 turut dilengkapi dengan pelbagai ciri tambahan yang menjadikan pengalaman lebih mudah dan fleksibel.

Dengan proses pendaftaran yang pantas dan ringkas, pelanggan boleh mula menstrim serta-merta dan menikmati hiburan kegemaran pada bila-bila masa.

Jika anda terlepas rancangan kegemaran, jangan risau! Fungsi On Demand membolehkan pengguna menyaksikan semula kandungan pada bila-bila masa, selain menikmati fungsi pause, rewind dan fast forward mengikut keselesaan sendiri.

Malah, Astro X3 turut menyokong pengguna pada dua skrin serentak, membolehkan setiap ahli keluarga menikmati kandungan pilihan masing-masing sama ada melalui televisyen, telefon pintar, tablet atau komputer riba.

Lebih menarik, pengguna juga boleh menambah aplikasi penstriman popular seperti Disney+, iQIYI, Prime Video dan beIN Sports melalui Astro, dengan semuanya disatukan dalam satu bil yang lebih mudah diuruskan.

Bagi menawarkan lebih fleksibiliti, Astro turut akan memperkenalkan pilihan langganan tanpa kontrak bermula Disember 2026, sekali gus memberi kebebasan kepada pelanggan untuk menikmati perkhidmatan mengikut keperluan mereka.

Astro X3 kini boleh dilanggan bermula RM39.99 sebulan. Strim hiburan terbaik serta-merta tanpa peranti Astro dan pemasangan. Untuk maklumat lanjut, layari astro.com.my atau kunjungi mana-mana premis Astro berhampiran anda.

Anda mungkin berminat dengan

Jordan Club Hat

Jordan Club Hat

Simkad BeONE Prepaid by Redone | Sim Card Internet High Speed 4G 5G Unlimited Call

Simkad BeONE Prepaid by Redone | Sim Card Internet High Speed 4G 5G Unlimited Call

NETFLIX Account 4K FIix Account Premium Plan V16.82

NETFLIX Account 4K FIix Account Premium Plan V16.82

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 𝔸ℂℂ𝕆𝕌ℕ𝕋 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 𝔸ℂℂ𝕆𝕌ℕ𝕋 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

Nike Sportswear Futura

Nike Sportswear Futura

Must Watch Video

Advertisement