Skip to main content

Rancangan TV

Mee Bandung Muar | Episod 13 - Dapur Goodday Misi Inspektor Sani

Mee Bandung Muar | Episod 13 - Dapur Goodday Misi Inspektor Sani

Makin rancak masak! Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Arena Wan (Ezie) untuk menyajikan Mee Bandung Muar yang pekat dan Milk Glaze Chocolate Donut sebagai pencuci mulut.

Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’. Jom intai resepi penuh di bawah!

#1 MEE BANDUNG MUAR
Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani
BAHAN-BAHAN
* Sila tick di kotak yang disediakan sebagai rujukan anda
CARA PENYEDIAAN

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan minyak. Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan cili kisar dan gula. Tumis lagi sehingga garing.

2. Masukkan serbuk biskut Marie dan serbuk kacang tanah. Kacau rata.

3. Tambah air rebusan daging dan Susu Goodday Full Cream. Masukkan daging, udang, carrot dan sawi ke dalam kuah.

4. Masak selama 5 minit dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa secukupnya.

5. Hidangkan bersama mee kuning dan bahan sampingan seperti tauhu goreng dan telur rebus.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.

Gunakan #MisiInspektorSani di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads dan Facebook akaun Gempak.

Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan Putrajaya Presint 3 mulai 19 Februari hingga 18 Mac ini.

Anda mungkin berminat dengan

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Must-Watch Video

Advertisement