Skip to main content

Selebriti

"Meluat! Jangan Libatkan Saya..." - Siti Khadijah Berang Ada Pihak Edit Foto AI Bersama Daddy Ash, Nekad Cari Pelaku & Saman

Astrogempak

Sekilas

  • Pelakon Siti Khadijah kecewa apabila gambarnya didakwa disunting menggunakan teknologi AI bersama Daddy Ash tanpa kebenarannya.
  • Beliau bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk membuat laporan polis bagi memastikan pelaku dihukum setimpal.
  • Siti menegaskan gambar tersebut bukan dirinya dan berharap tidak lagi dikaitkan dengan perkara tidak berasas seperti itu.

Pelakon Siti Khadijah meluahkan rasa terkilan apabila gambarnya didakwa disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bersama Daddy Ash oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Siti menegaskan dia nekad untuk mengambil tindakan terhadap pelaku tersebut, termasuklah membuat laporan polis serta memastikan individu berkenaan menerima hukuman setimpal.

"Saya serius nak ambil tindakan. Bukan hanya setakat buat laporan polis tetapi tiada hasil. Boleh ke sesiapa bagitahu saya macam mana nak pastikan orang yang bertanggungjawab ini menerima hukuman yang setimpal #menyampah #meluat,"tulisnya.

Siti turut menegaskan bahawa individu dalam gambar tersebut bukanlah dirinya, malah kesal apabila dia dikaitkan dengan perkara yang tidak berasas.

"Boleh tak lain kali jangan libatkan saya dalam hal-hal bodo seperti itu? Saya malas betul buang masa dan fikir benda seperti ini. Terang-terang lagi itu bukan saya.

"Saya tidak akan buat pun.  Dalam fikiran saya hanya ada kerja dan kumpul duit untuk hari tua kelak.

"Saya tiada masa nak fikir pasal edit itu ini. Orang cakap belakang ke apa, terpulanglah. Janji awak bahagia. Tetapi sekarang, saya terpaksa fikir sebab awak salah buat percaturan dan ganggu saya. Insyaallah saya cari dan saman awak,"ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement