Skip to main content

Filem

Mimi Lana Kongsi Pengalaman Pelik Sebelum Berlakon Filem Polong, Dengar Pintu Terhempas Ketika Tidur - “Saya Tak Tahu Itu Usikan Atau...”

Bakar isteri

Sekilas

  • Mimi Lana berkongsi pengalaman pelik apabila terdengar bunyi pintu biliknya terbuka selepas membaca skrip filem seram Polong.
  • Perkara sama berlaku dua kali selepas sesi perkongsian dengan pihak produksi, membuatkan Mimi tertanya-tanya sama ada ia kebetulan atau bukan.
  • Mimi memuji tahap disiplin dan profesionalisme tenaga produksi yang menjaga pertuturan dan tingkah laku sepanjang penggambaran berlangsung.
Advertisement

Pelakon Mimi Lana berkongsi pengalaman pelik yang dialaminya sebelum terlibat dalam filem seram terbaharu, Polong.

Menurut Mimi atau nama penuhnya Mimi Roziana Zainal Abidin, perkara tersebut berlaku ketika pertama kali membaca skrip filem tersebut di biliknya

Advertisement

“Saya tak mengalami sebarang gangguan mistik di set tetapi saya ada pengalaman pelik yang terjadi sebelum saya berlakon cerita ini.

“Ketika pertama kali baca skrip, saya baca dan tertidur. Tiba-tiba saya terjaga sebab saya terdengar ada orang hempas pintu bilik saya. Saya nampak pintu saya dah terbuka.

“Tetapi saya fikir mungkin saya mimpi atau berimaginasi sebab baru habis baca skrip,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Ujarnya, perkara sama kembali berlaku selepas sesi perkongsian kali kedua bersama pihak produksi sehingga membuatkan dirinya tertanya-tanya sama ada ia sekadar kebetulan atau sebaliknya.

“Kemudian, selepas perkongsian kali kedua dan saya baca semula skrip itu, saya tidur dan benda yang sama berlaku sekali lagi.

“Saya tak tahu itu usikan atau mungkin saya yang overthinking sebab terlalu banyak saya fikir. Cumanya, peliklah,” ujarnya.

Dalam masa sama, Mimi turut memuji tahap disiplin serta sikap profesional seluruh tenaga produksi filem tersebut yang sentiasa menjaga pertuturan dan tingkah laku sepanjang penggambaran berlangsung.

“Saya rasa mungkin sebab semua orang aware dengan cerita yang kita nak buat dan berjaga-jaga dari segi mulut, percakapan dan tingkah laku di set. Perkara itu sangat membantu dan pihak produksi sangat menitikberatkan keselamatan kami.

“Ini kali pertama saya pergi ke set tanpa mengalami sebarang gangguan. Semua sangat behave dan baik,” pujinya.



 

Anda mungkin berminat dengan

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

Must Watch Video

Advertisement