Skip to main content

Mojoku Hilang: Pertama Kali Bawa Watak 'Romcom' Di Kampung, Mimi Lana; "Yang Paling Saya Suka..."

Mojoku Hilang: Pertama Kali Bawa Watak 'Romcom' Di Kampung, Mimi Lana; "Yang Paling Saya Suka..."

Sekilas

  • Mimi Lana berkongsi pengalamannya membawa watak romcom dalam filem Mojoku Hilang yang berlatar suasana kampung dan sesuai untuk golongan muda.
  • Filem ini menampilkan Mojo, seekor lembu sebagai watak utama, memberikan kelainan berbanding filem aksi yang banyak di pawagam sekarang.
  • Mojoku Hilang mengisahkan Adi yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo dan akan ditayangkan mulai 23 Julai.
Advertisement

Pelakon, Mimi Lana mengakui kemunculannya dalam filem terbaharu Mojoku Hilang menjadi pengalaman pertamanya membawakan watak dalam filem romantik komedi dengan suasana kampung.


 

Advertisement

Menurut Mimi, dia tertarik dengan jalan cerita yang memaparkan kehidupan di kampung, selain percaya filem itu mampu menarik perhatian penonton terutama golongan muda.


 

“Yang buatkan saya tertarik dengan watak ini ialah mungkin sebab ini kali pertama saya bawa watak romcom di kampung.


 

"Saya suka sebab cerita ini sangat urban kampung. Saya suka evolusi kampung yang sangat cantik. Anak muda boleh relate dengan filem ini," katanya.


 

Dalam pada itu, pelakon yang membawakan watak Ayu itu berkata, Mojoku Hilang menawarkan kelainan menerusi visual dan jalan cerita yang berbeza berbanding lambakan filem aksi di pawagam ketika ini.


 

Malah, kehadiran Mojo, seekor lembu yang menjadi watak utama filem itu turut menjadi tarikan kerana jarang haiwan diberi peranan penting dalam sesebuah naskhah.


 

“Saya rasa Mojoku Hilang sangat berbeza daripada filem-filem lain. Dari segi visual dan keseluruhan suasananya juga jelas memberikan kelainan, lebih-lebih lagi ketika industri dibanjiri filem aksi.


 

"Filem ini mengetengahkan tema kekeluargaan, selain menampilkan Mojo sebagai watak utama. Boleh dikatakan, ini merupakan kali pertama seekor lembu menjadi bintang utama sesebuah filem," ujarnya.


 

Mojoku Hilang mengisahkan Adi, lakonan Adipati Dolken, yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak 'menculiknya' bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.


 

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati dengan Ayu, seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikat miliknya.


 

Selain Mimi Lana, filem arahan Min Lim itu turut dibintangi Adipati Dolken, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman, Namron dan ramai lagi.


 

Mojoku Hilang merupakan terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films, dan bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 Julai.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Must Watch Video

Advertisement