Skip to main content

Musim Raya Hampir Tiba! Firefly Tawar Penerbangan Pulang Ke Kampung Halaman Dengan Harga Bermula RM68 Sehala, Termasuk Semua

Hari Raya

Berita baik buat mereka yang sudah mula merancang perjalanan pulang ke kampung halaman bersempena musim perayaan tidak lama lagi apabila Firefly menawarkan tambang promosi bermula RM68 sehala, termasuk semua.

Menjelang Syawal, suasana pulang ke kampung pastinya menjadi momen paling dinanti-nantikan setiap tahun. Inilah masa terbaik untuk mendapatkan tiket penerbangan lebih awal agar dapat merancang sambutan Raya bersama keluarga tercinta tanpa tekanan saat akhir.

Bagi promosi ini, Firefly menyediakan pelbagai destinasi domestik yang sesuai untuk perantau kembali ke pangkuan keluarga lebih-lebih lagi bagi musim perayaan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Antara destinasi popular termasuk Alor Setar, Pulau Pinang, Langkawi, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching yang merupakan antara bandar tumpuan menjelang musim perayaan.

Masjid Zahir yang menjadi mercu tanda utama di Alor Setar, Kedah.
Kredit: Adobe Stock Images

Sebagai contoh tarikan utama di Alor Setar ialah Masjid Zahir, yang terkenal dengan seni bina megah berkubah hitam dan reka bentuk Moorish yang unik.

Masjid bersejarah ini sering menjadi lokasi tumpuan pelancong di negeri Kedah. Dengan Firefly, perjalanan ke pelbagai destinasi menarik menjadi lebih mudah dan berbaloi.

Keindahan pantai Tanjung Aru di Kota Kinabalu antara tarikan utama di Sabah.
Kredit: Adobe Stock Images

Selain daripada itu, anda juga boleh menikmati pemandangan senja yang romantik dan menenangkan di Pantai Tanjung Aru yang terkenal dengan panorama matahari terbenamnya yang memukau.

Bagi yang merancang untuk beraya atau bercuti di luar negara, Firefly turut menawarkan penerbangan ke Singapura, Krabi dan Cebu.

Marina Bay Sands antara ikon paling terkenal di Singapura
Kredit: Adobe Stock Images

Singapura juga merupakan pilihan ideal untuk percutian Ramadan dan Raya anda. Terkenal dengan latar bandar yang moden dan penuh warna, kota metropolitan ini menawarkan pengalaman unik buat setiap pengunjung. Dengan penerbangan Firefly yang mudah dan selesa, percutian singkat ke Singapura menjadi lebih praktikal untuk anda dan keluarga.

Lebih menarik, pengguna boleh memilih untuk terbang dari dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang pastinya menjadikan perjalanan anda lebih mudah dan fleksibel.

Selain harga tambang yang berpatutan, Firefly turut menawarkan ‘checked baggage’ percuma sehingga 10 kilogram (kg) serta snek percuma dalam penerbangan, menjadikan perjalanan pulang ke kampung lebih selesa dan berbaloi.

Tidak cukup dengan itu, syarikat penerbangan ini juga menawarkan pertukaran penerbangan fleksibel yang sesuai buat mereka yang mungkin perlu mengubah perancangan di saat akhir.

Anda juga boleh membuat pembayaran secara ansuran apabila Firefly memperkenalkan pilihan pembayaran SPayLater bagi membolehkan pengguna menempah penerbangan dengan lebih fleksibel.

Malah, pelanggan boleh menikmati potongan RM50 dengan perbelanjaan minimum RM450 apabila menempah penerbangan Firefly menggunakan SPayLater dari 20 Februari hingga 30 April 2026.

Dengan tawaran menarik ini, tiada lagi alasan untuk menangguhkan perancangan pulang ke kampung untuk beraya atau bercuti ke luar negara.

Jadi apa tunggu lagi? Layari laman web rasmi Firefly atau memuat turun aplikasi mudah alihnya untuk membuat tempahan sebelum promosi berakhir.

Kredit main photo: Google Images

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement