Skip to main content

Selebriti

Nampak Realistik Dalam Filem, Rupanya Kampung Semerah Padi Mojoku Hilang Hanyalah Lokasi Fiksyen!

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Kampung Semerah Padi dalam filem Mojoku Hilang adalah perkampungan fiksyen yang dibina khas dengan usaha lebih tiga minggu melibatkan 24 tenaga kerja.
  • Proses pembinaan termasuk kerja fizikal dan teknikal dilakukan di lokasi penggambaran serta sebahagian di Kuala Lumpur.
  • Filem arahan Min Lim ini menampilkan Adipati Dolken dan akan ditayangkan di pawagam mulai 23 Julai.
Advertisement

Di sebalik keindahan suasana Kampung Semerah Padi dalam filem Mojoku Hilang, siapa sangka lokasi tersebut sebenarnya memerlukan usaha besar daripada pasukan produksi untuk dibina.

Kampung Semerah Padi (KSP) bukanlah sebuah kampung sebenar, sebaliknya merupakan perkampungan fiksyen yang dibina khas untuk filem berkenaan.

Advertisement

Proses pembinaan kampung tersebut mengambil masa lebih tiga minggu dengan melibatkan seramai 24 orang tenaga kerja.

Bukan itu sahaja, proses pemasangannya juga bukan mudah dan memerlukan ketelitian daripada pasukan produksi.

Bagi kerja fizikal, ada sebuah kumpulan yang digelar sebagai ‘Power Rangers’ ditugaskan untuk melakukan kerja seperti mengorek lubang, manakala bahagian teknikal pula melibatkan pembinaan sistem aliran air (water flow).

Lebih menarik, kebanyakan kerja pembinaan KSP dilakukan secara langsung di lokasi penggambaran, manakala kira-kira 20 peratus lagi kerja disiapkan di Kuala Lumpur.

Mojoku Hilang mengisahkan Adi lakonan Adipati Dolken yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak ‘menculiknya’ bagi menghalang usaha pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Namun, misi tersebut berubah apabila Adi mula jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang lantang menentang syarikatnya sendiri.

Filem arahan Min Lim itu turut dibintangi Adipati Dolken, Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman, Namron serta ramai lagi.

Mojoku Hilang merupakan terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films, dan bakal menemui penonton di pawagam bermula 23 Julai.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

Must Watch Video

Advertisement