Skip to main content

Viral

Parisa Hantar Sam Lim Ke Kelas Agama, Belajar Cara Solat - “Kalau Tak, Orang Cakap Siapa Nak Bimbing Saya…”

Sam Lim

Sekilas

  • Video TikTok menunjukkan Parisa menghantar suaminya, Sam Lim, ke kelas agama untuk belajar solat dan bacaan Al-Fatihah mendapat perhatian wargamaya.
  • Sam berkongsi bahawa isterinya menyediakan makanan dan minuman seperti kopi dan roti ketika menghantarnya ke kelas agama.
  • Pasangan ini mendapat pujian wargamaya atas sikap saling membimbing dan komunikasi yang lembut antara satu sama lain.
Advertisement

Perkongsian video di TikTok yang memperlihatkan isteri kepada usahawan dan pempengaruh Sim Lim iaitu Parisa menghantar suaminya ke kelas agama menarik perhatian wargamaya. 

 

Advertisement

Menerusi video itu, Sam memberitahu isterinya juga menyediakan makanan dan minuman ketika menghantarnya ke kelas agama untuk belajar cara solat dan bacaan Al-Fatihah. 

 

“Isteri hantar pergi kelas agama. Kalau tak orang cakap, siapa nak bimbing saya. Dia hantar pergi kelas la, ustaz yang ajar. Jangan nekan-nekan korang. 

Advertisement

 

“Macam mak hantar anak pergi sekolah. Siap beli kopi, roti semua dah siap,” kata Sam Lim. 

 

Rata-rata wargamaya memuji pasangan itu selain terhibur melihat Sam Lim bercakap secara lembut dengan isterinya. 

 

“Baguslah dia seorang isteri yang baik. 

 

“Ni la orang kata pentingnya circle. Jadi soft spoken macam Parissa. 

 

“Alhamdulillah semoga suami isteri sama-sama membimbing,” komen wargamaya. 

 

Untuk rekod, Sam Lim sah bergelar suami kepada pasangan pilihannya, Parisa Ardina, selepas selamat disatukan dalam satu majlis akad nikah di sebuah masjid yang berlangsung pada 10 April lalu. 

 

Difahamkan Sam menggunakan nama Islamnya Muhammad Zavian Lim Abdullah.

@samlimmmm

Hari ni belajar solat

♬ original sound - Sam Lim

Anda mungkin berminat dengan

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

GILDAN x CROSSRUNNER Best Microfiber Quick Dry T-Shirt Unisex Plain Round Neck Tshirt Jersey Sport Tee - CRR3600 Group A

GILDAN x CROSSRUNNER Best Microfiber Quick Dry T-Shirt Unisex Plain Round Neck Tshirt Jersey Sport Tee - CRR3600 Group A

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

Must Watch Video

Advertisement