Ringkasan AI
- Isteri pemain bola sepak kebangsaan Faisal Halim, Nur Syazwani, berkongsi isyarat masalah rumah tangga di Instastory.
- Syazwani memuat naik kenyataan yang menggambarkan layanan buruk diterimanya dalam perkahwinan.
- Beliau juga berkongsi petikan tentang balasan setimpal bagi mereka yang menyakiti orang lain.
- Sebelum ini, Nur Syazwani didakwa memfailkan permohonan cerai terhadap Faisal Halim.
- Faisal dan Nur Syazwani berkahwin pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Khalish.
Perkongsian isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril di Instastory menarik perhatian netizen.
Menerusi perkongsian itu, Syazwani seakan-akan memberi bayangan mengenai masalah rumah tangga mereka dan cara layanan yang diterima.
“Perkahwinan bukan satu perjudian. Nak main game? Jom main. Patutlah layan aku macam sampah,” kongsi Syazwani.
Syazwani turut memuat naik ‘quotes’ yang mengatakan sesiapa yang berbuat jahat dan menyakiti seseorang akan mendapat balasan setimpal.
Terdahulu, Nur Syazwani didakwa telah mengemukakan permohonan cerai terhadap Faisal halim.
Untuk rekod, Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey mendirikan rumah tangga bersama Nur Syazwani pada 9 Mac 2019.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Khalish.