Skip to main content

Selebriti

Penat Bekerja, Ozlynn Wati Kongsi Cara Johan 'Recharge Tenaga' - "Dia Akan Cari..."

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Ozlynn Wati berkongsi pengalaman suaminya, pelawak Johan, yang selalu mencari dan memeluknya terlebih dahulu selepas pulang kerja.
  • Johan menggunakan pelukan sebagai cara untuk melepaskan tekanan kerja dan menunjukkan kasih sayang kepada keluarga.
  • Ozlynn berharap agar suami-suami lain juga dilindungi dan dikurniakan kasih sayang seperti suaminya.
Advertisement

Pelakon, Ozlynn Wati mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen pada sebuah hantaran netizen yang berkongsi mengenai kerenah suaminya yang baru sahaja pulang dari tempat kerja.

Dalam hantaran tersebut, individu tersebut berkata bahawa suaminya sering memeluk dirinya sebaik sahaja tiba di rumah bagi memulihkan semula tenaga selepas penat seharian bekerja.

Advertisement

Turut bersetuju dengan situasi tersebut, Ozlynn turut berkongsi pengalaman yang sama bersama suaminya, pelawak Johan.

Menerusi Threads, Ozlynn berkata bahawa Johan sentiasa akan mencari dirinya terlebih dahulu berbanding anak-anaknya selepas habis bekerja.

"Bagus, ini lah yang suami saya amalkan. Dia cakap charge bateri nak habis. Kadang rimas. 

"Sampai sekarang dia balik sahaja dari kerja dan selepas beri salam, dia akan sebut mana isteri saya, saya nak peluk. Anak-anak akan datang serbu kat dia. 

"Dia akan cakap maaf saya sedang mencari isteri saya. Selepas peluk saya, dia akan panggil anak-anak pula," kongsinya.

Dalam pada itu, Ozlynn turut berkata bahawa kehangatan peluk dari Johan itu merupakan tanda kasih sayangnya dan cara untuk melepaskan segala bebanan dan hal kerja. 

"Cara dia peluk sambil pejam mata lama, kita boleh rasa kehangatan badan dan kasih sayang dia. Sebenarnya itu cara mereka melepaskan hal kerja di luar. Sekarang masa untuk isteri dan anak-anak pula. Semoga Allah pelihara suami kita semua," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement