Skip to main content

Selebriti

Pertama Kali Berdepan Gaya Pertarungan Korea, Yayan Ruhian Akui Babak Akhir The Furious Paling Mencabar - “Nampak Mustahil, Tapi Sebenarnya..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Indonesia, Yayan Ruhian, mengakui filem aksi The Furious memberikan pengalaman baru dengan gaya pertarungan Korea yang unik dan koreografi kreatif.
  • Babak kemuncak filem yang melibatkan lima watak bertarung serentak menjadi cabaran terbesar dan mengambil masa dua hingga tiga hari untuk disempurnakan.
  • Proses penggambaran berjalan lancar tanpa kecederaan serius kerana semua pelakon mempunyai latar belakang seni bela diri dan saling mempercayai.

Pelakon Indonesia, Yayan Ruhian mengakui filem aksi The Furious yang dibintanginya memberikan pengalaman yang berbeza berbanding karya-karya aksi lain yang pernah dijayakannya sebelum ini.

Menurut Yayan, dia pertama kali berdepan dengan gaya pertarungan Korea yang disifatkan unik selain menampilkan koreografi aksi yang kreatif dan mencabar.

“The Furious memang sebuah filem aksi yang sangat berbeza buat saya. Daripada semua filem aksi yang pernah saya jayakan, naskhah ini menampilkan gaya pertarungan Korea yang unik dan berbeza daripada karya-karya saya sebelum ini.

“Bagi saya, ia satu pengalaman yang sangat baharu. Saya kagum dengan cara koreografer menyusun setiap babak pertarungan sehingga ia kelihatan mustahil dilakukan, tetapi sebenarnya masih logik dan realistik. Perkara itu menjadikan filem ini sangat istimewa,” katanya kepada Gempak.

Yayan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem The Furiousyang berlangsung di Mid Valley pada Ahad.

Mengulas lanjut, Yayan berkata babak kemuncak filem berkenaan merupakan antara cabaran terbesar sepanjang penggambaran kerana melibatkan lima watak dengan gaya pertarungan yang berbeza.

“Agak sukar untuk saya gambarkan cabaran tersebut, terutamanya dalam babak kemuncak filem ini. Bayangkan ada lima individu yang bertarung serentak dan saling berbunuhan, bukannya sekadar mengeroyok seorang lawan.

“Untuk memastikan setiap pergerakan nampak kemas, realistik dan meyakinkan memang bukan sesuatu yang mudah. Itu antara cabaran terbesar yang kami hadapi sepanjang penggambaran,” ujarnya.

Malah, babak berkenaan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga hari untuk disempurnakan bagi memastikan setiap pergerakan dan koreografi aksi dapat dipersembahkan dengan baik.

Dalam pada itu, Yayan bersyukur kerana proses penggambaran berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan serius meskipun filem tersebut sarat dengan adegan aksi yang mencabar.

“Alhamdulillah, sepanjang proses penggambaran, tiada sesiapa yang mengalami kecederaan serius kerana kami saling mempercayai antara satu sama lain. 

“Tambahan pula, kebanyakan yang terlibat dalam filem ini sememangnya mempunyai latar belakang dan kepakaran dalam seni bela diri, jadi ia banyak membantu melancarkan setiap babak aksi yang dijayakan,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Must Watch Video

Advertisement