Skip to main content

Rancangan TV

Pudding Roti Susu Coklat | Episod 15 - Dapur Goodday Misi Inspektor Sani

Pudding Roti Susu Coklat | Episod 15 - Dapur Goodday Misi Inspektor Sani

Makin meriah masak! Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Nayan (Ropie) untuk menghidangkan Nasi Kak Wok serta Pudding Roti Susu Coklat yang sangat menyelerakan.

Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’. Jom intai resepi penuh di bawah!

#2 PUDDING ROTI SUSU COKLAT
Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani
BAHAN-BAHAN
* Sila tick di kotak yang disediakan sebagai rujukan anda
CARA PENYEDIAAN

1. Dalam mangkuk besar, pukul telur, Susu Goodday Chocolate, whipping cream, gula, dan esen vanila sehingga sebati.

2. Susun roti yang telah disapu mentega secara berlapis di dalam loyang. Taburkan kismis di antara lapisan.

3. Tuangkan bancuhan custard ke atas roti sehingga hampir tenggelam. Tekan perlahan supaya roti menyerap cecair.

4. Rehatkan selama 1 jam (atau semalaman) di dalam peti ais. Bakar pada suhu 180°C selama 35 minit sehingga permukaan perang keemasan.

5. Hidangkan bersama ais krim vanila atau taburan gula aising mengikut kesesuaian.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.

Gunakan #MisiInspektorSani di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads dan Facebook akaun Gempak.

Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan Putrajaya Presint 3 mulai 19 Februari hingga 18 Mac ini.

0 orang dah masak resipi ini!

Terima kasih kerana mencuba! Kongsikan hasil masakan anda dengan #MisiInspektorSani

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Advertisement